UEFA dan FIFA mengesahkan bahawa Rusia akan terus digantung daripada pertandingan antarabangsa, termasuk Piala Dunia 2026.
Sebelum ini UEFA memberikan bayangan bahawa Rusia mungkin akan diterima semula dalam kalendar bola sepak UEFA dan FIFA.
Ini selepas beberapa kelonggaran diberikan kepada negara yang digantung sejak 2022 itu – kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Namun begitu, UEFA dan FIFA berbincang sekali lagi tentang status Rusia dalam kalendar mereka.
Dan kedua dua organisasi tersebut telah sebulat suara mahu terus mengharamkan Rusia daripada aktiviti bola sepak profesional di bawah seliaan UEFA dan FIFA.
Liga Rusia juga masih tidak dibenarkan untuk menghantar wakil ke pertandingan anjuran UEFA.
Alasan utama UEFA danĀ FIFA adalah faktor keselamatan di negara tersebut. Di mana situasi di Rusia dikatakan tidak selamat.
Ramai penyokong Rusia kecewa dengan tindakan UEFA dan FIFA. Kerana menurut mereka jika negara mereka dianggap tidak selamat, boleh sahaja perlawanan home mereka diadakan di luar Rusia di gelanggang berkecuali.
Sebelum ini UEFA dikecam kerana menggantung bola sepak Rusia atas alasan konflik diplomatik dan politik Rusia dan Ukraine. Peminat menuduh UEFA dan FIFA mencampur adukkan isu politik dengan bola sepak.
Sedangkan pemain bola sepak Rusia tiada kaitan langsung dengan isu peperangan dan ketenteraan.
Dengan keputusan penggantungan ini yang akan diteruskan, RFU masih tidak pasti bila negara itu boleh kembali beraksi di pentas pertandingan antarabangsa.