eCurve adalah antara pusat tumpuan remaja yang membesar atau belajar di lembah klang. Disini terdapatnya panggung wayang, arcade dan tempat makan.
Terbaharu, eCurve yang dulunya menjadi pusat tumpuan, kini sudah bertukar menjadi ‘ghosted mall’, kata seorang pengguna TikTok. Mana tidaknya, pusat beli belah yang dulunya menjadi tumpuan orang ramai, kini sunyi.
Baca Juga:
- Benarkah Pusat Beli Belah eCurve Akan Ditutup Sepenuhnya Pada 31 Mac Ini?
- The Curve Jadi Pusat Beli-Belah Terbaru Catat Kes Positif COVID-19
Melalui perkongsian NaelDaily, dapat dilihat suasana eCurve yang kini sunyi dan tidak bernyawa. Kebanyakan kedai yang dulunya meriah dengan pelbagai hiasan dan warna lampu kini menjadi gelap dan suram.
@naeldaily KL on-foot #ghostmall #ecurve #thecurve #ikeadamansara #mrtputrajayaline ♬ Kelam Malam ost pengabdi setan – Tri
Tambah beliau lagi, pusat beli belah itu kini hanya dibuka untuk pengguna MRT yang mahu ke The Curve dan kawasan sekitar yang lain.
Video yang dimuat naik oleh NaelDaily telah menarik pelbagai komen oleh netizen. Kebanyakan mereka berkongsi memori sepanjang membesar di sekitar eCurve. Sejak di muat naik, video itu telah ditonton lebih 600,000 pengguna TikTok.