Buat mereka yang pernah membesar di Kedah sekitar dua dekad lalu, pastinya nama Sentosa akan diingati. Berjaya menjadi lokasi penawaran gadget membuatkan lokasi ini menjadi tumpuan.

Dalam pada itu, tahun demi tahun Sentosa Plaza difahamkan semakin mengalami pengurangan pengunjung. Kehadiran pasar raya terbaru membuatkan Sentoasa Plaza tidak lagi menjadi pilihan.

Menerusi perkongsian TikTok @superscarei, beliau telah mendedahkan keadaan terkini Sentosa Plaza di mana pasar raya ini dilihat suram serta tidak lagi menjadi pilihan para peniaga.

@superscarei

Sentosa Plaza, Alor Setar, Kedah. #sentosaplaza #alorsetar #kedah #malaysia #malaysiatiktok #abandonedplaces #abandonedbuilding #fyp #xyzbca

♬ Mysterious – Andreas Scherren

Bukan itu sahaja, difahamkan eskalator di Sentosa Plaza tidak lagi berfungsi untuk kegunaan orang ramai. Barangan-barangan yang tidak lagi digunakan dilihat tersadai di kaki lima bahagian dalam bangunan ini.

Perkongsian yang dibuat individu ini telah meraih pelbagai komen khususnya warga Kedah. Menurut para netizen, lokasi yang pernah menjadi tumpuan ini mulai suram sejak adanya Aman Central.

Sementara itu, terdapat juga memaklumkan lokasi ini semenangya popular dengan isu melibatkan kekecohan penjualan telefon pintar.

Selain daripada Sentosa Plaza, Star Parade juga dikatakan turut mengalami nasib yang sama pada ketika ini di mana para pengunjung tidak lagi ke pasar raya berkenaan.

Sumber