Anda mungkin ingat mengenai kisah Azhar Ali yang pernah menipu seluruh Malaysia dengan mengaku bahawa beliau mendapat biasiswa NASA.

Berita tersebut telah mendapat liputan meluas sehingga ia mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut Azhar Ali didakwa kembali. Beliau menjadi salah seorang Perdana Fellow di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian di bawah kepimpinan Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz.

Beliau ‘kantoi’ buat kali kedua selepas salah seorang pengguna X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) telah bertanya apa yang sudah terjadi kepada Azhar Ali selepas kejadian biasiswa NASA awal tahun 2020.

Ciapan itu kemudiannya dibalas oleh salah seorang pengguna dengan menyatakan bahawa Azhar kini sudah menjadi salah seorang ahli Perdana Fellow di MITI.

Melalui ciapan tersebut, berlakunya beberapa siri siasatan yang dilakukan oleh netizen selepas sebuah poster dengan gambar Azhar Ali disebar secara meluas oleh netizen dan boleh dilihat di laman Instagram Teng Zafrul juga.

Gambar itu turut memaparkan beberapa kelayakan yang diterima oleh Azhar.

Melalui hasil siasatan Pradeesh, nama Azhar tidak tertera sebagai pemenang di dalam acara Champion WorldQuant Brain 2022 Global Alphanthon.

Pradeesh turut menyatakan kekecewaan kepada Tengku Zafrul kerana telah mengambil individu yang menipu kelayakannya untuk bekerja di MITI.

Selain itu, menurut salah seorang pengguna X, difahamkan bahawa segala anugerah yang dimenangi olehnya itu juga direka.

Kebanyakan netizen meluahkan rasa kesal dengan pihak kerajaan selepas mengambil salah seorang yang pernah menipu seluruh negara.

Mereka turut mempersoal adakah pihak kerajaan tidak membuat siasatan ke atas latar belakang mereka yang memohon untuk menjadi salah seorang Perdana Fellow.

https://twitter.com/thelast_demigod/status/1701510450897437083

https://twitter.com/saifuddin_amri/status/1701616588057890876

Untuk pengetahuan anda, Perdana Fellow adalah program yang ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2013 untuk memberi pengalaman langsung kepada golongan muda dalam hal tadbir urus negara.