Baru-baru ini tular di media-media sosial mengenai gesaan agar syarikat kurier nasional, Pos Malaysia memberikan bonus atau imbuhan buat pekerja penghantaran atau posmen yang berkhidmat bersama mereka.

Gesaan itu dibuat netizen selepas tersentuh melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh pekerja penghantaran ini terutamanya sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di negara kita – di mana jumlah bungkusan yang dikendalikan adalah difahamkan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
pp2
Foto: Firdaus Latif/ MalayMail

Walaupun terdapat pelbagai gesaan dan perkongsian kisah menyayat hati yang terpaksa dilalui posmen-posmen ini yang dikongsikan netizen,  syarikat itu bagaimanapun difahamkan tidak akan memberikan bonus buat pekerja mereka dan hanya menjanjikan tiada pembuangan kerja yang akan dilakukan, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Terkesan dengan pandemik

Menyedari keputusan dan pendekatan yang diambil mereka adalah berbeza dengan gesaan dan kehendak masyarakat yang mahukan ganjaran diberikan kepada pekerja-pekerja mereka, Pos Malaysia akhirnya tampil membuka mulut mengenai perkara itu melalui satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook pada semalam.

“Walaupun terdapat tanggapan orang ramai bahawa lonjakan jumlah bungkusan semasa PKP menunjukkan bahawa perniagaan adalah baik untuk Pos Malaysia, sebenarnya ia tidak seperti disangka.

“Ia tidak cukup untuk mengatasi impak keseluruhan yang disebabkan oleh pandemik ini terhadap perniagaan kami,” jelas mereka.

Walaupun terjejas dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini, pihak syarikat bagaimanapun masih menjaga kebajikan lebih 15,000 pekerja mereka.

Perkara itu menurut mereka dapat dilihat tatkala pelbagai sektor lain melakukan pengurangan pekerja dan langkah drastik yang lain, mereka masih berusaha gigih melindungi masa depan pekerja mereka.

Walaupun berjanji untuk menjaga kebajikan pekerja, namun kenyataan tersebut bagaimanapun tidak menyebut sama ada para pekerja akan diberikan bonus seperti gesaan netizen sebelum ini.

Malah, beberapa komen yang ditinggalkan di hantaran tersebut juga dilihat keliru apakah dengan keputusan syarikat berhubung isu tersebut secara spesifik kerana mereka hanya menjanjikan akan menjaga kebajikan pekerja.

“Jadi betul lah seperti yang dikatakan bahawa posmen-posmen tiada bonus raya tahun ini? Sikit pun takde? Dan itu yang cakap jaga kebajikan pekerja tu?” soal Abdul Hadi Roslan di kiriman tersebut.

Manakala seorang lagi netizen Hazirah Hj Hamzah berkata “minyak murah, parcel banyak. Tak faham apa yang ruginya? Bagilah bonus pada posmen. Kesian mereka,” luahnya.

Netizen sebelum ini meluahkan rasa simpati dengan nasib pekerja syarikat kurier \yang dikongsikan di media-media sosial yang dikatakan tidak akan menerima bonus untuk tahun ini. Klik pautan di bawah untuk membaca mengenainya. 

Didakwa Tidak Diberi Bonus Tahun Ini, Netizen Simpati Dengan Nasib ‘Abang Posmen’

Lambakan Parcel Ketika PKP, Pos Laju Tawar Kerja Dengan Komisyen Mencecah RM6,000

Sumber