Kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsi rakaman CCTV berdurasi 21 saat menunjukan seorang lelaki yang dipercayai petugas Pos Malaysia telah mencederakan haiwan peliharaan rumahnya.
Menurut pemilik anjing tersebut, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan sudah membawa anjingnya ke klinik untuk sesi pemeriksaan serta rawatan.
Tambah pengguna itu, anjingnya dipercayai dilastik dengan menggunakan getah dan mengakibatkan mata anjingnya terjejas. Lantaran itu, pihak Pos Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menggantung tugas posmen terbabit sementara menunggu hasil siasatan berhubung insiden itu.
Malah, Pos Malaysia turut mengatakan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap salah laku kakitangannya termasuk menamatkan perkhidmatan. Apakah pula pendapat anda akan kes ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
‘Sudah Masuk Tidak Jumpa Pintu Keluar’- Iklan Kedai Eco Shop Ini Buat Netizen Terhibur
Sudah Terima Vaksin Di India, Doktor Gigi Ini Kongsi Pengalaman Dan Kesan Sampingan Dialaminya