Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir mencipta kejutan besar apabila mengikat pasukan Juara Dunia, Chelsea 3-3 dalam aksi persahabatan pramusim di Stadium Sultan Ibrahim.
Enam gol terhasil dalam perlawanan yang berlangsung cukup terbuka, dengan JDT menunjukkan mereka tidak gentar berdepan kelab gergasi Premier League.
JDT di hadapan menerusi gol Arif Aiman minit ke-14 menerusi satu serangan balas pantas.
Arif Aiman goal in Chelsea vs JDT game. pic.twitter.com/WFz489KY7S
— Daily Foot Vibes (@dailyfootvibes) August 9, 2026
Chelsea kemudian mengikat kedududukan menerusi Liam Delap, yang menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Delap kemudian sekali lagi muncul sebagai penjaring apabila Chelsea memperoleh satu lagi sepakan penalti pada babak kedua.
Penyerang muda itu tenang menyudahkan peluang tersebut untuk meletakkan Chelsea di depan 2-1.
Namun JDT tidak panik. Harimau Selatan terus bermain dengan keberanian dan mula memberikan tekanan kepada pertahanan Chelsea.
Oscar Arribas kemudian menghasilkan sepakan percuma yang menerjah gawang Chelsea untuk mengikat kedudukan 2-2.
Stadium Sultan Ibrahim kembali bergema dengan sorakan penyokong.
JDT semakin yakin dan terus mencari ruang untuk menyerang.
Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Bergson menjadikan kedudukan 3-2 pada minit ke-87 menerusi satu rembatan rendah.
Ketika penyokong tuan rumah mula membayangkan JDT bakal mencatat kemenangan sensasi ke atas Chelsea, The Blues enggan mengalah.
Chelsea terus menyerang dan akhirnya mendapat gol penyamaan menerusi jaringan sendiri pemain JDT, Antonio Glauder, selepas hantaran Mudryk.
#WhatsKickin An own goal by Antonio Glauder levels the score 3-3 for Chelsea against JDT FC at Sultan Ibrahim Stadium in Johor.#FMTSports pic.twitter.com/F7cxzN8Mqa
— Free Malaysia Today (@fmtoday) August 9, 2026
Tamat perlawanan JDT 3 Chelsea 3. Dan ianya satu keputusan yang membanggakan untuk JDT.