Persabatan Antarabangsa Tier 1 – New Zealand vs Malaysia [14 Oktober 2024, 2:00 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya menerusi beberapa saluran rasmi.

Jangan risau jika anda tidak sempat berada di depan TV kerana masih boleh menonton secara Live Streaming menerusi pautan yang disediakan dimana sahaja anda berada.

Astro turut menyiarkan perlawanan tersebut di saluran 122 namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini

Link siaran langsung:

  1. Astro (122)
  2. TV Sarawak
  3. FIFA Plus

New Zealand bakal menurun barisan terkuat bagi menguji skuad Harimau Malaya.

Turut berada dalam senarai skuad kendalian Darren Bazeley itu ialah bekas penyerang Newcastle United, Chris Wood dan pemain tengah Olympiacos, Marko Stamenic.

Malah, mereka turut diperkuatkan oleh 7 pemain yang beraksi dengan kelab Eropah termasuk dari Serie A.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu pasukan ranking 94 dunia tersebut ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006 dan tewas 2-1 pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006.

Perlawanan ini cukup bermakna kerana ia memberikan pulangan mata ranking kerana berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 7 hingga 15 Oktober 2024.

Aksi persahabatan diaturkan sebagai medan persiapan skuad kendalian Pau Marti bagi menghadapi saingan Piala AFF Mitsubishi Electric pada hujung tahun ini selain Kelayakan Piala Asia 2027 yang bermula tahun depan.