Ketua Pegawai Eksekutif Omnicom Media Group Sdn Bhd, Eileen Ooi dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan REV Media, Media Prima Berhad, Nicholas Sagau, masing-masing dilantik sebagai Presiden dan Naib Presiden Persatuan Digital Malaysia (MDA).

Mengulas pelantikan itu, Ooi mengakui teruja dan berbesar hati apabila dilantik ke jawatan berkenaan bagi penggal kedua.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

“Saya sangat teruja dan amat berbesar hati kerana dipilih sebagai Presiden MDA untuk penggal kedua. Saya benar-benar menikmati perjalanan saya dengan MDA dan komited untuk terus berkhidmat kepada komuniti dan menyokong pertumbuhan industri ini.

“Pelantikan ini adalah bukti keyakinan industri terhadap impak dan sokongan MDA dalam memacu ekonomi digital ke hadapan dan peranan Omniom Media Group sebagai perwakilan keperluan agensi dan pengiklan digital. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama rapat dengan seluruh pemegang jawatan terpilih dalam MDA, ahli jawatankuasa dan rakan kongsi strategik,” kata Ooi.

Persatuan Digital Malaysia Umum Presiden Dan Naib Presiden Bagi Sesi 2024-2026
MDA Council 2024-2026

Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 yang berlangsung pada 5 Julai 2024 bertempat di hotel One World, Petaling Jaya turut melantik Lydia Wang, Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group Berhad sebagai Setiausaha dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Tan Lee Chin (Strategi & Kandungan) daripada MCIL Malaysia sebagai Bendahari.

Ahli Jawatankuasa yang dipilih untuk penggal 2024-2026 adalah 16TWO Communication Labs Sdn. Bhd., Astro Media Solutions Sdn Bhd, FCB Sdn Bhd (FCB SHOUT), Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, GroupM Malaysia, iMedia Asia Sdn Bhd, IPG Mediabrands Sdn Bhd, Nuffnang Sdn Bhd dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Nicholas Sagau berkata, “Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kepercayaan industri dalam memilih REV Media, Media Prima sebagai Naib Presiden MDA. Pelantikan ini adalah bukti keyakinan industri terhadap keupayaan kami untuk menerajui industri penerbit media digital melalui cabaran yang ditimbulkan oleh prospek ekonomi semasa, yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.”

Persatuan Digital Malaysia (MDA) telah ditubuhkan pada 2009 dan memulakan beberapa projek dan aktiviti yang berjaya dianjurkan seperti majlis rangkaian yang dikenali sebagai Digital Wednesday yang menawarkan peluang rangkaian sosial untuk penerbit tempatan, agensi media, dan pengiklan dengan penceramah dari bidang berkaitan untuk berkongsi pandangan dan pengetahuan kepada industri.

“d Awards” oleh MDA pula merupakan acara anugerah yang meraikan dan menghargai karya inovatif terbaik dalam membangunkan produk digital, merekabentuk dan melaksanakan kempen pemasaran digital dan d Conference yang menghimpunkan pemimpin industri yang mantap dalam perkongsian dan huraian kajian kes terbaik dan berkongsi trend yang sentiasa berubah dalam ruang digital.