Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan detik kegembiraan bagi seluruh umat Islam untuk meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman.

Walau bagaimanapun, peralihan cuaca, aktiviti ziarah-menziarahi yang padat, serta perubahan corak pemakanan sering kali mendedahkan individu kepada risiko gangguan kesihatan ringan.

Baca Juga:

Sebagai langkah proaktif, setiap keluarga disarankan untuk menyediakan sebuah Kit Kecemasan Perubatan yang lengkap sebelum memulakan perjalanan.

Berikut adalah klasifikasi ubat-ubatan dan peralatan asas yang perlu dititikberatkan:

1. Paracetamol (Panadol): Paling asas untuk demam dan sakit kepala.

2. Antasid (Gaviscon/Mylanta): Sangat membantu jika hulu hati pedih selepas makan makanan berlemak atau pedas.

3. Pil Chi Kit Teck Aun atau Loperamide: Penyelamat jika perut mula memulas atau cirit-birit.

4. Oral Rehydration Salt (ORS): Jika cirit-birit berlarutan, ORS penting untuk mengelakkan badan dehidrasi.

5. Antihistamin (Loratadine/Cetirizine): Ubat melegakan simptom selsema seperti hidung berair, bersin, dan gatal-gatal. Cari jenis yang tidak mengantuk supaya anda kekal segar semasa melayan tetamu.

6. Lozenges: Melegakan tekak yang perit akibat kurang minum air atau terlalu banyak makan makanan berminyak.

7. Minyak Angin/Krim Otot: Membantu melegakan lenguh-lenguh badan

8. Set Luka Ringan: Sediakan plaster, antiseptik, dan kain kasa (gauze) untuk kecederaan kecil.

Pesanan Penting buat Pesakit Kronik

Jangan sesekali terlupa membawa ubat rutin seperti darah tinggi, kencing manis, atau asma.

Pastikan stok mencukupi untuk sepanjang tempoh anda berada di kampung kerana klinik atau farmasi mungkin tutup semasa hari raya pertama.