Baru-baru ini, Nigel Ng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Roger telah berkongsi sebuah video di Twitter miliknya yang memaparkan klip dirinya ketika membuat stand up comedy.
Menerusi klip video tersebut, Nigel Ng selamba bergurau tentang rangkaian pengawasan dilakukan Beijing dan menyebut isu dasar Satu China ketika berjenaka tentang Taiwan.
Baca Juga:
- Gara-Gara Jadikan Isu Rusia Dan Ukraine Sebagai Bahan Jenaka, Uncle Roger Dikecam Warganet
- Uncle Roger Dakwa Makanan Malaysia Versi Singapura Nampak ‘Aneh’
- Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG
Uncle Roger about to get cancelled.
šļø Buy the FULL SHOW now to watch from home: https://t.co/ebzr06mDV9
Dropping June 4 on @momentworld pic.twitter.com/zmYtTp0tBh
— Nigel Ng (Uncle Roger) (@MrNigelNg) May 15, 2023
China bertindak tegas terhadap akaun milik pelawak tersebut selepas dia mempersenda Beijing sebagai ānegara pengintipā dan dasar Satu Negara terhadap Taiwan.
Menurut laporan, Nigel Ng kehilangan akaun miliknya yang mempunyai lebih 400,000 pengikut di Weibo dan akaunnya di Bilibili juga digantung. Weibo dalam satu kenyataan memaklumkan akaun tersebut didapati melanggar peraturan.
Pada Rabu, pihak berkuasa China mendenda sebuah syarikat komedi sebanyak 14.7 juta yuan (RM9.5 juta) dan turut mengancam mengambil tindakan undang-undang lebih tegas gara-gara jenaka disifatkan melampau terhadap Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).