Baru-baru ini tular di media sosial video seorang comedian Malaysia, Uncle Roger memberi reaksi pada video memasak nasi goreng telur oleh hos BBC, Hersha Patel yang berjaya menarik perhatian ramai orang.

Bagi anda yang sudah menonton video tersebut, pasti anda berasa terhibur melihat reaksi Uncle Roger dan berasa terkejut dengan cara hos tersebut masak nasi kerana tidak membasuhnya serta bersihkan dengan air paip selepas ditanak.

Tidak dapat dinafikan, lain negara memiliki cara berbeza dalam penyediaan makanan mereka. Oleh itu, rata-rata netizen di seluruh dunia memberikan reaksi dengan mengatakan cara memasak nasi tersebut tidak betul dan sebagainya.

Screenshot 2020-07-26 at 1.05.49 PM

Screenshot 2020-07-26 at 1.07.16 PM

Terbaharu, hos tersebut, Hersha Patel telah memuatnaik satu video beliau bersama Uncle Roger di Twitter dengan mengatakan akan ada sebuah video kolaborasi bersama selepas ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Uncle Roger mengatakan akan melihat cara Hersha masak nasi kerana menurut Hersha, beliau sebenarnya masak nasi dengan cara berbeza. Untuk video masak di BBC itu, beliau hanya ikut resipi yang diberikan.

https://twitter.com/hershapatel1/status/1286794759982522370

Apapun, sama-sama kita nantikan video Uncle Roger memberikan reaksi kepada cara masak Hersha akan datang. Apakah pandangan anda akan cara memasak Hersha Patel itu? Jujur kami katakan kami gelak sakan apabila Uncle Roger kata sukat air guna jari sahaja!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik untuk baca pada pautan di bawah ini. Klik sahaja! 

Gara-Gara Keliru Antara Rendang Daging Dengan Kari, Netizen Malaysia Serang Twitter CNN

Chef Zaleha Olpin Lancar Buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’ Julai Ini

Netizen Tergamam Dengan Cara Potongan Buah Nangka Di Amerika Syarikat Ini