Dalam satu kejadian melarikan diri dari penjara persis filem “Shawshank Redemption”, seorang pengedar dadah yang berasal dari China telah berjaya meloloskan diri dengan melalui sistem kumbahan dan bertindak keluar dari selnya di pinggiran ibu kota Jakarta, Indonesia.

Namanya adalah Cai Changpan, seorang lelaki berusia 37 tahun. Dia ditangkap dan dikenakan hukuman mati kerana menyeludup dadah ke Indonesia. Rakan sepenjara Cai dalam kenyataannya berkata bahawa Cai telah merancang untuk melarikan diri dari penjara sejak enam bulan lalu.

Dengan menggunakan alatan menggali yang dicuri ketika penjara kota Tangerang sedang sibuk dengan projek pembinaan dapur. Dia dikatakan menggali lubang dari sel penjara, lalu merangkak keluar melalui paip sampah sebelum sampai ke jalan besar.

Indonesia adalah antara beberapa negara di Asia Tenggara yang masih melaksanakan hukuman mati kepada pengedar dadah. Menurut Amnesty International, sebanyak 80 hukuman mati telah dilaksanakan pada tahun 2019 berbanding 48 kes dari tahun sebelumnya.

Kisah Cai melarikan ini dikatakan menggunakan kaedah yang sama oleh raja dadah terkenal Mexico, El Chapo, yang melarikan diri menggunakan terowong rahsia yang digali oleh orang upahannya.

Polis Jakarta sebelum ini telah memasukkan Cai dalam senarai ‘paling dicari’ dan untuk rekod, ini merupakan kali kedua Cai berjaya meloloskan diri dari penjara. Dia sebelum ini telah berjaya melarikan diri dari dinding bilik mandi di pusat tahanan polis sejurus dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2017.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah untuk membaca.

Cantik Tetapi Psiko, Kisah Di Sebalik Gadis Berbaju Penjara Yang Tular Di Media Sosial

10 Kejadian Jenayah Yang Sempat Dirakam Google Earth

Sumber