Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @afifsukhairi telah memuat naik sebuah video memaparkan baju oleh syarikat fesyen mewah Itali yang coraknya terlihat mirip dengan corak pada baju seragam restoran mamak Nasi Kandar Pelita.

Menerusi video tersebut, dia menunjukkan baju mewah jenama Versace itu dengan kapsyen ‘baju Nasi Kandar Pelita’ dan perkongsian tersebut telah meraih lebih 339,000 tontonan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@afifsukhairi

Tudiaaa baju nasi kandar pelita pon ada juai kat VERSACE🤣🤣🤣 #fyp #versace #pelita #branded #apparel

♬ original sound – Afif Sukhairi – Afif Sukhairi

Hasil carian di laman sesawang Versace, baju tersebut yang dipanggil sebagai Barocco 660 Silk Shirt itu dijual dengan harga EUR1,100 (~RM5,500).

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terhibur melihat corak baju jenama terkenal, Versace kelihatan serupa dengan pakaian kerja di restoran mamak.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen mungkin lepas ni bekas pekerja restoran Nasi Kandar Pelita boleh menjual semula baju mereka selepas berhenti kerja.

Susulan penularan video tersebut, akaun rasmi Nasi Kandar Pelita TikTok telah memberikan komen dengan menjemput Afif ke restoran itu untuk lepak bersama.