Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan rasa tenang melihat kebiruan lautan adalah apa yang boleh kami katakan apabila berada di atas cruises. Sekali seumur hidup, anda perlu mencuba menaiki dan berlayar dengan cruises untuk ke sesuatu destinasi.

Terbaharu, team Vocket dapat merasai pengalaman sehari berada di Princess Cruises. Sebelum mengulas lebih lanjut, Princess Cruises adalah sebuah kapal persiaran yang memfokus kepada kepelbagaian makanan dan ketengahkan pengalaman mewah kepada pelanggannya.

1-3

Mesti anda sudah teruja untuk mengetahui apa yang menarik dan boleh dilakukan sepanjang anda berada dalam kapal, bukan?

1. Rekaan dalaman yang cantik

P1700917

Kami cukup terpegun dengan rekaan dalaman kapal persiaran ini. Cukup dengan elemen klasik tapi tampil mewah. Pilihan warna dalam setiap ruang seperti coklat, gold, putih dan sebagainya menjadikan ia tampil mewah dan elegent.

1-2
Bilik Mini Suite Stateroom

Difahamkan terdapat 18 dek yang boleh menempatkan seramai 2,670 pengunjung. Selain itu, buat anda yang gemar bergambar, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di setiap sudut kerana memang ‘Instagrammable’ dan anda boleh ‘remake’ seperti dalam filem Titanic.

2. Seleksi restoran

photo_2020-01-29_23-19-26

Difahamkan terdapat 12 pilihan restoran dan 5 bilik fine dining dalam cruises ini tetapi kami hanya sempat mencuba menikmati makanan di salah satu restoran fine dining. Andai kata anda lapar tengah malam pun jangan risau kerana ada restoran dibuka 24 jam untuk anda. Jujur kami katakan setiap masakan yang dihidangkan sangat enak dan layanan sangat memuaskan.

photo_2020-01-29_23-19-21

photo_2020-01-29_23-19-17

Hidangan pilihan kami adalah Cold Smoked Salmon and Crayfish TailsChateaubriand of Beef Tenderloin dan juga Milky Chocolate-Hazelnut Soufflé. Kombinasi rasa setiap satu hidangan memang sempurna dan tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

3. Perkhidmatan

Jika anda datang berseorangan, anda tidak perlu risau. Ini kerana terdapat pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik yang anda boleh cuba. Antaranya adalah spa dimana anda dapat memanjakan diri anda.

P1700919
Bilik teater

Selain itu, anda juga boleh menyaksikan pelbagai persembahan seperti persembahan tarian, persembahan magik dan juga teater. Memang ‘awesome’! Anda tidak akan berasa bosan sepanjang penginapan anda.

4. Membeli-belah

image_1200x_
Sumber: dreamtimes

Tebalkan dompet anda sebelum melangkah masuk ke dalam kapal. Ok, kami hanya bergurau. Jika anda memang seorang kaki shopping, anda boleh membeli-belah dalam kapal.

Effy-jewellery-cabinet-onboard-1024×685
Sumber: dfnonline.com

Terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli seperti cincin, rantai, jam tangan, lukisan dan banyak lagi. Memang jika tidak ‘kuat iman’ boleh borong pelbagai benda, lagi-lagi ‘duty free’ di sini.

5. Kelas memasak oleh Diana Chan

photo_2020-01-29_23-19-10

Lebih bertuah kerana kami dapat mencuba ‘air tangan’ MasterChef Diana Chan dan belajar memasak bersama beliau. Bagi anda yang tidak tahu, beliau merupakan pemenang MasterChef Australia musim ke-9 dan anak kelahiran Malaysia.

Pengunjung yang berada dalam kapal boleh mengikuti kelasnya dan mendapatkan tip serta berbual bersama beliau. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kami.

P1700966

Difahamkan bahawa kelas memasak bersama Diana Chan hanya dianjurkan pada minggu lalu. Mungkin akan dianjurkan lagi pada masa hadapan?

Akan tetapi, tidak cukup jika diberi masa sehari untuk explore Princess Cruise ini. Anda perlukan sekurang-kurangnya 4 hari untuk habis menjelajah dan menikmati semua kemudahan yang ada. Terutama sekali mandi di kolam renang ketika berada di tengah laut. Memang terbaik dan mengujakan bukan?

Apa kata anda baca artikel berkaitan kapal cruise yang pernah disiarkan oleh Vocket pada pautan di bawah.

Kucing Ini Merupakan ‘Kapten’ Untuk Sebuah Kapal Cruise Di Russia

7 Perkara Yang Aku Belajar Melalui Pengalaman Travel Dengan ‘Cruise Ship’

Cara Awesome Gadis Ini Bercuti Santai Dengan Belayar 4 Hari Di Star Cruise