Kelab yang bersaing di Liga 1 Indonesia, Persis Solo rasmi melantik bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee sebagai pengendali baharu pasukan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi dimana Kim Swee bakal menggantikan pengendali sebelumnya, Milomir Seslija yang meninggalkan pasukan.

Baca Juga:

Tugas sukar menanti Datuk Ong Kim Swee bersama Persis Solo dimana kelab itu ketika ini menduduki tangga ke-16 dengan kutipan 7 mata dalam carta Liga 1.

Setakat ini, Persis mencatat dua kemenangan, satu seri dan mengalami lapan kekalahan dalam 11 perlawanan liga yang dihadapi.

Kim Swee bakal dibantu oleh bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Moussa Sidibé dan penyerang skuad kebangsaan Indonesia, Ramadhan Sananta untuk cuba menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dalam liga.

Untuk makluman, anak kepada bekas presiden Indonesia, Joko Widodo iaitu Kaesang Pangarep merupakan pemilik Persis dimana beliau menjadi pemegang saham terbesar kelab itu sambil dibantu oleh ahli perniagaan ternama iaitu Kevin Nugroho.

Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir juga pernah berada dalam pengurusan pasukan dimana beliau meletakkan anaknya, Mahendra Agakhan Thohir sebagai wakil.