Tular sebelum ini di media sosial apabila anak kepada artis Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dikatakan sangat aktif memuat naik video di Instagram dan TikTok.
Kegilaan kepada dua aplikasi ini tanpa mengira tempat termasuk di sekolah antara yang menjadi pertikaian para netizen. Selain itu, gaya pemakaian yang didakwa kurang sopan antara yang menjadi isu netizen bersama anak beranak ini.
my dad said not today luv pic.twitter.com/WLuiHQbkCn
— leona (@kasihirisleona) September 1, 2020
Terbaharu, timbul pula isu terbaru apabila terdapat sebuah akaun di Instagram yang mempersoalkan agama Kasih Iris Leona. Persoalan yang sensitif dan ‘pedas’ ini nampaknya berjaya dijawab dengan tenang oleh Azhar Sulaiman dengan menanyakan kembali kepada akaun yang melemparkan komen tidak sepatutnya ini.
Gaya santai Azhar Sulaiman menjawab komen pedas daripada netizen ini sekali lagi berjaya mendapat pujian daripada para netizen yang membela anaknya daripada terus dikecam serta gaya didikan terhadap anak-anaknya.
Selain itu, terdapat juga para netizen yang menyarankan agar Azhar Sulaiman mengabaikan komen-komen daripada akaun palsu yang menyerang Instagram beliau.
Para netizen juga berharap agar orang ramai tidak lagi menganggu kehidupan dua beranak ini serta melemparkan komen yang sensitif yang mungkin menganggu emosi dan mental Kasih Iris Leona.
Sebelum ini Azhar Sulaiman pernah mendapat pujian selepas anaknya terjebak dengan aplikasi TikTok.
Netizen Puji Cara Azhar Sulaiman Nasihat Anak Selepas Terjebak ‘Kegilaan’ TikTok
Mahu Anak Fokus Jadi Artis TikTok, Ibu Ini Tidak Paksa Anaknya Ke Sekolah