Bagi segelintir pengguna jalan raya, pasti pernah ternampak sekali seumur hidup sebuah Nissan Murano berwarna hitam dilengkapi dengan nombor plat ‘MAF14’.

Baru-baru ini pemiliknya, Azhar Sulaiman, mengumumkan mahu menjual nombor plat tersebut secara bidaan dengan harga bermula RM1.85 juta.

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/CwKupGWOGy_/?hl=en

“Satu-satunya ‘gelaran’ MAFIA untuk dijual. Harga bidaan bermula RM1.85 juta.

“Jika anda Mafia Sebenar, hubungi 012 666 9777,” petik perkongsian Instagram pelakon itu.

Setakat artikel ini ini tulis, hantara Instagram dan TikTok Azhar Sulaiman dibanjiri komen-komen netizen.

Ada beberapa individu terkenal didapati meluahkan hasrat mahu memiliki nombor plat tersebut.

Manakala sebahagian besar komen menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan kereta tersebut di beberapa lokasi dan terkejut apabila mengetahui nombor plat itu dimiliki oleh Azhar Sulaiman.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.