Neymar menyindir Rodri yang dilabel semakin banyak cakap pula sekarang.

Ini selepas Rodri menasihati Vinicius Jr agar menjaga kelakuannya, kerana orangĀ  menilai seseorang pemain bukan kepada skil dan kemampuan bola sepak mereka semata mata.

Rodri menang Ballon d’Or musim ini mengalahkan Vinicius Jr. Di mana ada segelintir pihak kurang senang dengan kemenangannya. Terutama sekali penyokong Vinicius Jr yang merasakan pemain itu lebih berhak.

Rodri berkata: “Saya rasa, Vinicius seorang yang bijak. Dan kamu akan sedar bahawa, lebih banyak kamu berikan perhatian di atas padang, dia akan menjadi lebih baik,” tegas Rodri yang mahu melihat Vinicius agar lebih menumpukan kepada permainan atas padang, bukannya apa yang berlaku di luar padang.

“Atlet bukan tentang aksi di atas padang semata mata namun juga tentang apa yang mereka lakukan di luar padang.”

Kenyataan Rodri itu tidak disenangi oleh Neymar. Di mana Neymar telah mengejek Rodri kini mulut becok seperti perempuan. Sambil meletakkan emoji gelak.

Neymar memberikan komen: “Dia dah pandai bercakap pula sekarang.”

Pertahankan Vinicius, Neymar Sindir Rodri Yang Semakin Banyak Cakap Pertahankan Vinicius, Neymar Sindir Rodri Yang Semakin Banyak Cakap

Rodri sejak akhir akhir ini banyak menghadiri sesi podcast dan wawancara sejak dia memenangi Ballon d’Or. Mungkin sebab itu Neymar mulai melabel Rodri sebagai semakin becok.

Sebelum ini Rodri menyatakan bahawa dia terkejut bagaimana kem Real Madrid dan Vinicius boleh mengetahui lebih awal pemain itu tak akan menang dan Rodri yang akan menang.

Sedangkan dia pula menunggu sehingga sampul keputusan dibuka barulah dia tahu siapa pemenang.