2020 adalah tahun yang penuh kejutan dan unik. Semalam, Nike telah mengumumkan kempen Don’t Do It, kempen anti perkauman untuk meredakan ketegangan pergaduhan perkauman yang sedang melanda Amerika Syarikat ketika ini.
“Buat pertama kali, jangan lakukannya,” antara mesej yang terdapat dalam kempen Nike tersebut. Nike yang terkenal dengan tagline ‘Just Do It’ sama sekali tidak menyokong sebarang fahaman anti perkauman dan mahu setiap individu dilayan sama rata.
Kempen tersebut dibuat berikutan kematian George Floyd yang meninggal dunia di tangan seorang polis berkulit putih di Minneapolis awal minggu ini. Tunjuk perasan kini bertukar ganas dan tidak terkawal di Minneapolis selepas ramai yang mahu menuntut bela kematian Floyd akibat keganasan polis.
Let’s all be part of the change.#UntilWeAllWin pic.twitter.com/guhAG48Wbp
— Nike (@Nike) May 29, 2020
Jenama seteru utama Nike, adidas semalam membuang sentimen persaingan yang wujud antara dua syarikat berkenaan dengan menyokong kempen berkenaan menerusi akaun rasmi mereka di Twitter. Retweet dari pihak adidas tersebut telah mendapat 161,000 likes dan lebih 70,000 komen.
Together is how we move forward.
Together is how we make change. https://t.co/U1nmvMhxB2— adidas (@adidas) May 30, 2020
Walaupun perkara berkenaan mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi retweet yang sebenarnya simple ini besar nilainya.
Peminat kedua-dua jenama tersebut juga turut memuji effort kedua-dua syarikat tersebut. Ada juga peminat yang memberi idea supaya kedua-dua jenama berkenaan bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan satu koleksi khas bagi menguatkan lagi mesej yang mahu disampaikan.
Mungkinkah buat pertama kali dalam sejarah dua jenama besar ini akan hasilkan koleksi khas bersama? Cuba anda bayangkan kasut ikonik Nike Cortez dengan jalur Tiga Garis manakala adidas Superstar dengan logo Swoosh. Segalanya mungkin tahun 2020 ini.
adidas baru-baru ini telah mula menjual pelitup muka boleh basuh untuk pasaran United Kingdom. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.
adidas Hasilkan Penutup Muka Boleh Basuh Yang Selesa Untuk Dipakai
Nike SB Kembali Popular, Kasut Berharga RM389 Ini Dijual Kembali Setinggi RM6,500