Sesuatu yang menarik menanti anda hujung bulan ini. Cyberfest 2017 akan berlangsung buat pertama kalinya dan gamers terutamanya di luar sana, inilah masa untuk anda mengasah bakat yang terpendam selama ini.

Banyak acara yang akan berlangsung di CyberFest 2017 antaranya Cosplay, pengenalan karier dalam sukan eSports, dan semestinya pertandingan antara gamers dari dalam dan luar negara untuk permainan seperti FIFA 18, DOTA dan CSGO.

Pertandingan paling dinantikan pada CyberFest 2017 ini adalah Asian Open FIFA 18 di mana pihak penganjur ingin menjadikan pertandingan ini sebagai pertandingan FIFA terbesar di malaysia daripada segi penyertaan.

Hadiah terkumpul bernilai RM30,000 menanti para pemenang untuk pertandingan ini dan penyertaan untuk CyberFest 2017 telah pun dibuka. Anda boleh menikmati yuran pendaftaran awal sekiranya anda membuat bayaran sebelum 4 November ini. Segala urusan pendaftaran boleh dibuat di sini. Pendaftaran juga sudah dibuka untuk pertandingan CSGO dan DOTA.

Jadi apa tunggu lagi? Kalau dah bersedia itu bolehlah cuba test power di CyberFest 2017 hujung bulan ini. Dengar-dengar juara nanti akan bawa pulang wang tunai RM8,000 beserta satu kerusi gaming. Ayuh!