Seorang remaja meraih RM200,000 wang kemenangan hanya dengan menyertai pertandingan memancing yang diadakan baru baru ini.
Remaja dari Kuala Lipis, Pahang itu berjaya memenangi hadiah kemenangan lumayan itu daripada pertandingan yang diadakan di Ulu Yam.
Remaja bawa pulang RM200k hasil pertandingan memancing
Wang kemenangan diberikan secara tunai kepada remaja tersebut. Yang kelihatan benar benar tergamam dan teruja menerima wang sebanyak itu.
Netizen sempat menyindir stereotaip masyarakat tentang hobi memancing yang kerap dianggap membuang masa dan tak mampu bagi kaya.
Ternyata, remaja tersebut berjaya meraih RM200,000 dalam sekelip mata.
Ada yang menganggap bahawa ini adalah ‘jackport’ sebenar. Mana tidaknya, hanya dengan menyertai pertandingan memancing, remaja tersebut sudah mampu membawa pulang RM200 ribu.
Ianya satu jumlah yang sangat besar terutama sekali untuk seorang remaja seperti pemenang tersebut.
Dan netizen berharap remaja tersebut agar tidak melupakan ibu dan bapanya.
“Kerja asyik memancing je, sampai bila bila takkan kaya”
Terus jadi kaya dik dapat RM200 ribu cash. Rezeki kau dik jangan lupa bagi mak ayah sikit 👍🏻 pic.twitter.com/hMbNRawZwV
— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 5, 2025
Yang lain berharap remaja tersebut menggunakan wang sebanyak itu untuk menyambung pelajaran atau membawa ibu bapanya pergi umrah.
Wahh rezeki, duit tu nanti boleh guna utk sambung belajar & bwk parents pergi umrah 🥰
Btw tumpang iklan, any working adult nak belajar Mandarin? Jadual boleh susun sendiri & longlive revision sampai fasih pm sy bantu 🙋🏻♀️
— UafiqahLaoshi | Mandarin class ✨ (@uafiqah082) May 5, 2025
Seorang lagi netizen berkongsi cerita bahawa salah seorang kenalannya pernah seperti adik tersebut, memenangi pertandingan tersebut dan membawa pulang wang tunai RM200,000.
Dan rakannya itu telah membina sebuah rumah dengan duit tersebut.
Dan tahun lalu, Vocket pernah melaporkan remaja 16 tahun menang pertandingan memancing yang turut bernilai RM200,000.
Juara Pertandingan Memancing, Remaja 16 Tahun Bawa Pulang RM200,000
Di ruangan komen ada juga netizen yang mempersoalkan dari mana sumber wang kemenangan sebanyak itu?
Ini kerana netizen risau kalau wujud unsur unsur tidak sihat dan perjudian dalam pertandingan seperti ini.
Itu betul. If sponsor tanpa ambil wang dari pemancing okay ja
— kamaghul deghaman (@kamaghul) May 5, 2025
Dan ada juga yang bertanya, kenapa wang tersebut tidak dimasukkan terus ke dalam akaun, sebaliknya secara serahan tunai kepada pemenang pertandingan memancing.