Umum ramai mengetahui, ada sesetengah kedai makan akan mengenakan caj tambahan jika ada pelanggannya mahu membungkus bawa pulang makanan yang tidak dapat dihabiskan. Praktik itu turut diguna pakai di kedai makanan Arab milik Chef Ammar.
Terbaharu, Chef Ammar telah memuat naik satu hantaran Facebook memberikan penjelasan kenapa setiap pelanggan perlu membayar ‘caj tambahan’ untuk membungkus bawa pulang makanan yang tidak habis.
Menurut Chef Ammar, penyediaan bekas plastik tersebut telah menambah kos operasinya. Lebih-lebih lagi, tambahan dua bekas plastik kecil untuk kuah, fresh salsa dan salad untuk dibawa pulang.
Tambahnya lagi, pekerjanya terpaksa membuat ‘kerja berganda’ untuk membungkus makanan-makanan yang tidak dapat dihabiskan pelanggan.
Perkongsian Chef Ammar itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan penjelasannya, namun lebih ramai menolak idea ‘caj tambahan’ dikenakan kepada pelanggan yang ingin take away.
Tambah netizen lagi, mereka turut mencadangkan Chef Ammar agar memaklumkan ‘caj tambahan’ itu terlebih dahulu supaya pelanggan tidak terkejut mempersoalkan bayaran yang dikenakan.
Ada juga netizen memberikan idea bagaimana pekerja-pekerja Chef Ammar tidak perlu melakukan ‘kerja berganda’ dengan meminta pelanggannya membungkus sendiri makanan yang tidak habis itu, seperti yang dipraktikkan oleh kedai-kedai makanan Arab yang lain.
Menurut Chef Ammar, penjelasan ini dibuat bagi menjernihkan keadaan serta berharap agar setiap peminat makanan Arab yang datang ke kedainya dapat memahami kos-kos yang perlu diambil kira untuk beliau dapat terus menyediakan juadah makanan yang dicari ramai, seperti yang berlaku pada bulan Ramadan baru-baru ini.
Nama Chef Ammar menjadi bualan warganet sepanjang Ramadan baru-baru ini, klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut apa yang terjadi sepanjang bulan itu.
Dimarah Hanya Kerana Utamakan Wanita Mengandung, Chef Ammar ‘Sekolahkan’ Pelanggan Biadab
Kecewa Dituduh Jual Harga Tel Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal
Cecah RM90,000 Sehari, Ini Jangkaan Jualan Nasi Arab Chef Ammar Untuk Sebulan