Setiap kali puasa, ada dua individu yang akan mendapat ‘highlight’ lebih daripada netizen, pertama KhairulAming kerana video masakannya, kedua Chef Ammar kerana Nasi Arabnya yang selalu ramai di bazar ramadhan..

Tapi apa yang membezakan kedua individu ini adalah; seorang dipuji atas usahanya, kedua pula selalu terpalit dengan kontroversi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, melalui satu video yang tular, Chef Ammar sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila didakwa riak dan sombong dalam satu video pendek yang tular di media sosial X.

Dalam video pendek yang dimuat naik oleh YAB Syafiq Skeper, kelihatan Chef Ammar melemparkan kata-kata yang kurang senang dengan mengkritik mereka yang selalu mengecamnya.

“Malaysia is on me now, mereka tunggu saya nak buat salah macam mana. Nak compare me, compare me with somebody like me la. Aku yang founder, aku yang godfather, aku yang king, and i’m still king. Itu sahaja. dont be smart with master,” katanya dalam satu video pendek yang berdurasi kurang daripada 30 saat.

Menerusi video tersebut, ramai netizen yang menghentam Chef Ammar, manakala sebahagian pula mendakwa beliau riak dan sombong.

Bagaimanapun, sesetengah orang pula meminta kepada mereka yang percaya kepada video kurang 30 saat ini untuk melihat video penuh Chef Ammar di laman Facebook Najee Mahshar by Nasi Kandaq Runner.

Klip asal dipotong

Melalui pemerhatian The Vocket, difahamkan bahawa klip kurang 30 saat yang diambil oleh pengguna X tersebut sebenarnya adalah video  pendahuluan daripada Najee Mahshar by Nasi Kandaq Runner.

Pengguna X, YAB Syafiq Skeper hanya memuat naik video kurang daripada 30 saat yang langsung tidak menggambarkan keseluruhan video yang berdurasi selama 6 minit yang dibuat oleh Najee Mahshar.

Menerusi video 6 minit tersebut, ia adalah sebuah video panjang temubual Najee Mahshar bersama dengan Chef Ammar yang menjawab pelbagai persoalan antara benarkan perniagaan beliau tidak laku serta diboikot dan apakah perbezaan resepi beliau dengan peniaga lain.

Melalui pemerhatian kami, kebanyakan ayat Chef Ammar yang dijadikan klip pendek tersebut adalah berbentuk gurauan dan tidak berniat untuk bersikap riak.

Selain itu, semasa menjawab soalan mengenai perniagaannya, Chef Ammar mengecam tindakan mereka yang mengambil gambar premisnya semasa ketiadaan pelanggan dan memuat naik ke dalam media sosial dengan dakwaan bahawa perniagaan beliau diboikot.

Chef Ammar juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana selalu menyokong perniagaan beliau.

Di bahagian komen juga, kebanyakan netizen mendakwa bahawa Chef Ammar mempunyai peribadi yang baik dan tidak seperti yang digambarkan netizen di media sosial.

Kemaskini: Video yang disunting menjadi kurang daripada 30 saat oleh pengguna X/Twitter, YAB Syafiq Skeper telah pun dipadam oleh beliau.