Kurang lebih seminggu sahaja lagi sebelum Apple iPhone X dijual secara rasmi kepada beberapa negara terpilih dan difahamkan terdapat individu yang bekerja bersama Apple sudah berjaya mendapatkan Apple iPhone X dengan lebih awal.

Memandangkan iPhone X tidak hadir dengan butan home button seperti model-model iPhone yang lain, beberapa pembaharuan terpaksa dilakukan bagi memudahkan pengguna. Salah satu daripadanya adalah peralihan daripada sesebuah aplikasi.

Berikut merupakan rakaman yang menunjukkan bagaimana pengguna berpeluang menukar aplikasi dengan mudah dan pantas menggunakan Apple iPhone X.

Melihat kepada pemerhatian awal jelas transisi pertukaran aplikasi pada iPhone X kelihatan sangat smooth. Pengguna juga berpeluang swipe secara terus ke kiri atau ke kanan untuk menukar aplikasi dengan lebih pantas.

Buat anda yang tidak sabar untuk mendapatkan Apple iPhone X dengan lebih awal, anda mungkin perlu membuat pra tempahan iPhone X di laman web Apple Singapore pada 27 Oktober jam 3 petang untuk mengelakkan daripada masalah kehabisan stok. Apple iPhone X bakal mula ditawarkan bermula dengan harga RM5,149.