Saban hari, hartanah Malaysia semakin menarik perhatian pelabur luar negara kerana negara ini.

Ini kerana kestabilan politik, dasar kerajaan, gaya hidup dan persekitaran negara yang kondusif turut menjadi tarikan utama.

Baca Juga:

Baru-baru ini seorang perunding pelaburan dari Indonesia, Shinta berkongsi pengalamannya melihat hartanah-hartanah yang ada di Malaysia.

Trip tiga hari itu turut disertai oleh sekumpulan ejen hartanah terbaik dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang mempunyai jumlah transaksi tahunan gabungan mereka dianggarkan melebihi 1 trilion IDR (RM247 juta).

Daripada lawatan lapan projek perumahan selama tiga hari itu, Shinta mendapati terdapat lima ciri orang Indonesia yang membeli hartanah di Malaysia.

1. Pembeli dari daerah Bandung, Surabaya, Pontianak, Jakarta, Medan dan pelbagai lagi.

2. Ibu bapa yang membeli untuk anak-anak yang belajar atau bekerja di Malaysia.

3. Pesakit yang memerlukan akses lebih mudah kepada penjagaan perubatan jangka panjang di Malaysia.

4. Usahawan yang membuka syarikat di Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura.

5. Pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka.

Pada masa sama Shinta juga ‘terkejut’ apabila mendapati tiada Cukai Warisan dikenakan di Malaysia.

Cukai warisan ialah cukai yang dikenakan ke atas harta atau aset seseorang selepas mereka meninggal dunia, sebelum harta itu diwarisi oleh waris atau benefisiari. Biasanya, jumlah cukai bergantung kepada nilai harta tersebut dan kadangkala juga kepada hubungan antara pewaris dan waris.

Indonesia melaksanakan Cukai Warisan atau lebih dikenali sebagai ‘Bea Warisan’ atau sebahagian daripada pajak penghasilan (income tax) atas warisan bergantung kepada jenis harta.