Seorang Perunding Pengurusan Bas Sekolah Cheras, Kamal Yahya telah mengingatkan ibu bapa agar membayar penuh yuran bulanan bas sekolah pada Februari 2024 walaupun sekolah cuma 3 hari sahaja.

Menurut Kamal, ibu bapa harus membayar yuran penuh mengikut perjanjian dan persetujuan kontrak dengan bas sekolah. Menulis pandangannya Facebook, yang dikongsi seseorang yang lain di Kumpulan Bandar Baru Bangi Community, kenyataan itu berbunyi:

“Ramai pengusaha bas sekolah risau bulan Februari 2024, duit kutipan yuran bulanan susut kerana sekolah cuma 3 hari sahaja.

“Rayuan dan pesanan kepada parents yang menggunakan perkhidmatan Bas Sekolah berdaftar (ada permit, warna amber/kuning dan ada tulisan BAS SEKOLAH di sisi kiri dan kanan kenderaan).

“SILALAH BAYAR YURAN BAS SEKOLAH ANAK-ANAK ANDA untuk bulan Februari akan datang seperti biasa mengikut persetujuan/kontrak anda dengan pengusaha bas sekolah.

“Kami merayu kepada ibubapa untuk bayar yuran bas sekolah ‘penuh’ sepertimana anda membayar insurans kereta walaupun tak pernah buat apa2 claim. Bayarlah sepertimana anda bayar sewa rumah walaupun mungkin tak duduk situ sebab bertugas di luar negara.

“Kenapa?

“Ketahui lah bahawa insan yang memandu van/bas sekolah tu punca rezeki mereka adalah dengan membawa budak-budak ke sekolah. Masa mereka terikat dengan bas sekolah, tak boleh buat kerja lain kerana mereka rizabkan waktu mereka hanya untuk anak anak kesayangan anda.

“Tak sama dengan yang hantar anak-anak ke sekolah naik van putih, biru atau kelabu yang mungkin memandu secara part-time.

“Pengusaha bas sekolah bukan macam yang ambil budak sekolah naik kereta atau MPV, status mereka tak sama, pegusaha bas sekolah seorang pemandu professional, sumber pendapatan (gaji) mereka hanya dan semata-mata dari usaha menghantar pergi-pulang murid-murid ke sekolah sepanjang tahun…tiada sumber income lain.

“Oleh yang demikian, jika pelanggan tak bayar langsung atau cuma bayar 1/2 bulan yuran (sebab cuti panjang), pendapatan mereka tiada atau cuma 1/2 dari biasa yakni kalau dulu RM1,500 sekarang jadi RM750 atau kurang.

“Bayangkan lah, boleh ke dia survive dengan pendapatan macam ni? Mungkin dia ada keluarga untuk disara, masih ada hutang bank yang perlu dilunaskan, bil-bil utiliti yang perlu dibayar, dia juga mungkin akan sakit perlu rawatan perlu duit.

“Jika ini berlaku, amat susah pemandu bas sekolah nak jalani kehidupan harian tanpa wang mencukupi. Tolonglah bayar (walaupun tak diminta-minta) agar pakcik/makcik bas sekolah boleh meneruskan kelangsungan hidup, mereka juga manusia perlu makan, minum dan menyara keluarga. Mohon sangat-sangat keprihatinan semua parents dan penjaga.

“Kalau rasa tak ada alasan atau rasional untuk bayar, tak masuk akal nak kena bayar, saya syorkan ibubapa anggap sajalah ini satu pemberian untuk membantu orang susah, satu sedekah…bantu orang susah, dapat pahala in shaa Allah.

“Atau anggaplah bayaran bulanan Bas Sekolah ini sebagai satu bentuk INSURANS… menjamin kita bila buka sekolah nanti pakcik/makcik bas sekolah masih ada datang jemput anak-anak kita ke sekolah, anak-anak happy kita pun happy.

Gambar: ASTRO AWANI

“Atau anggaplah bayaran ini sebagai tanggungjawab kita pada negara, ekonomi negara, kita bantu membangunkan ekonomi negara dengan mengelak atau mengurangkan kadar pengangguran, tolong bagi kerja pada orang (pada pakcik/makcik bas sekolah), usaha kecil kita boleh membantu negara, kita bangga.

“Mohon janganlah kita terlalu ikut rasional pikiran kita semata-mata (van sekolah tak jalan pun, anak tak naik van pun sebab cuti) kerana hakikat nya banyak perkara yang berlaku tak masuk akal pun tapi kita tetap bayar….apatah lagi kita dah ada perjanjian, ada kontrak dengan pakcik/makcik bas sekolah.

“Ingatlah bas sekolah tu penting untuk anak-anak kita, pastikan Bas Sekolah terus ada mengangkut anak-anak ke sekolah demi kebaikan semua pihak… SELAMATKAN BAS SEKOLAH, SELAMATKAN INDUSTRI BAS SEKOLAH.

“Akhir kalam, ribuan terima kasih kepada semua parents, ibubapa dan penjaga prihatin yang telah membantu pemandu dan pengusaha bas sekolah dengan membuat bayaran bulanan yang sepatutnya, usaha tuan/puan amat dihargai. Sekian dan terima kasih.”

Pandangan tersebut membuatkan netizen berbelah bagi dalam pandangan mereka. Ada yang kurang menyokong idea tersebut. Kenapa harus membayar sebulan penuh sedangkan hanya sekolah 3 hari sahaja?

Ada juga yang meminta pengusaha bas sekolah memberikan diskaun kepada ibu bapa untuk bulan Februari 2024 tersebut  berbanding bayaran penuh.

Netizen yang lain mengingatkan pemandu van sekolah agar sentiasa ada simpanan ketika berdepan dengan situasi di mana pendapatan mereka susut.

Tetapi ada yang menyarankan agar ibu bapa menganggap komitmen membayar van sekolah sebagai komitmen bulanan dan sedekah kepada pemandu bas sekolah yang membantu memudahkan urusan seharian mereka.