Pemain pertahanan Sabah, Dominic Tan menulis pesan yang menyentuh hati terhadap bekas ketua jurulatih pasukan berkenaan iaitu Datuk Ong Kim Swee.
Kim Swee memutuskan untuk meninggalkan kelab dari Borneo itu ketika saingan Liga Malaysia musim ini masih berjalan dan beliau dikaitkan untuk mengisi posisi pengendali pasukan di Liga 1 Indonesia iaitu Persis Solo.

Baca Juga:
- Ong Kim Swee Bakal Bimbing Kelab Indonesia?
- Datuk Ong Kim Swee Bengang Padang SNBJ Punca Pemain Sabah Cedera
- Ong Kim Swee Ucap Selamat Tinggal Kepada Sabah FC
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Dominic menulis pesan perpisahan yang turut disertakan gambar beliau dengan Kim Swee.

“Saya tidak akan berada di tempat saya ada sekarang jika tidak kerana anda, terima kasih atas segalanya coach. Anda layak untuk dilayan dengan lebih baik. Semoga maju jaya!” katanya.
Sejak dibimbing oleh Datuk Ong Kim Swee pada 2022, Sabah menampilkan prestasi yang dianggap baik dimana mereka layak ke pentas Asia buat kali pertama sejak 1995.
Dalam saingan Piala AFC musim lalu, Sabah berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir zon Asean dimana mereka terpaksa akur tunduk kepada Macarthur FC dari Australia.
Dalam saingan Liga Super musim 2023, Sabah menamatkan saingan di tangga ketiga di belakang pasukan Selangor yang menduduki tangga kedua.
Dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia pula, skuad The Rhinos mara sehingga ke peringkat suku akhir.
Sehingga artikel ini ditulis, Kim Swee masih belum menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan sama ada dalam atau luar negara.
Pada perlawanan terakhir Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia menentang PT Athletic FC, Sabah FC membariskan pasukan kejurulatihan Mohammad Faisal Ahmad sebagai penolong ketua jurulatih, jurulatih penjaga gol Irwan Jamil, dan jurulatih kecergasan Martin Stano, bersama Kim Swee dalam perlawanan terakhirnya.