Satu pergelutan yang berlaku di kawasan tempat letak kereta luar pusat beli-belah semasa sambutan Songkran baru-baru ini kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far bagaimanapun memaklumkan bahawa tiada laporan polis dibuat berhubung insiden tersebut, petik The Malay Mail.
Baca Juga:
- Netizen Dakwa Warga Myanmar Ingkar Arahan PKP Dan Sambut Songkran Di Malaysia?
- Perayaan Songkran Di Beberapa Wilayah Thailand Dibatalkan Kerana Coronavirus
- Tiada Penganjuran Festival Songkran Di Khaosan Road Tahun Ini
Namun begitu, beliau tetap telah mengarahkan Ketua Balai Polis Damansara untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan.
Menerusi video yang tular semalam, peserta daripada beberapa kumpulan dilihat bertembung antara satu sama lain semasa Festival Songkran 2025.
Peserta juga dilihat membaling kerusi plastik dan penghadang, dengan sebilangan daripada mereka turut menyerang antara satu sama lain menggunakan senjata buatan sendiri.