Pada lewat hari semalam tular satu rakaman video berdurasi kurang 20 saat yang memaparkan seorang gadis ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk dilibas selipar oleh seorang remaja lelaki.

Mangsa hanya mampu menundukkan diri sambil menutup muka semasa diserang bertubi-tubi oleh penyerang terbabit. Sementara itu kedengaran suara individu yang merakam kejadian itu mentertawakan kejadian yang sedang berlaku di hadapannya pada waktu itu.

Baca Juga:

Rakaman video pendek yang dikongsikan melalui Twitter @neelofa itu telah mendapat kecaman netizen kerana remaja lelaki itu bertindak ganas membelasah gadis berkenaan tanpa belas kasihan.

Memetik laporan Harian Metro, video berkenaan didakwa berlaku di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.

Ada netizen berkongsi tangkap layar mesej WhatsApp dan IG Story menyatakan kejadian berkenaan melibatkan adik-beradik yang mana gadis tersebut menipu  abangnya, lalu keluar dengan lelaki lain sambil meninggalkan ibu mereka terlantar sakit keseorangan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.

“Pihak kami sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu,” kata Asisten Komisioner Mohd Zaidi.