Pengendali dari Australia, Peter Cklamovski menjadi pilihan utama untuk mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya.
Menurut pengamal media dari negara itu, Peter sudah meninggalkan kelab Jepun, FC Tokyo selepas saingan Liga J1 musim ini berakhir dimana beliau membimbing kelab tersebut selama satu musim bermula pada 2023 lalu.
Baca Juga:
- Tiga Jurulatih Dikaitkan Dengan Malaysia
- Piala AFF: Malaysia Tempang Berdepan Thailand
- Bendera Malaysia Terbalik Pada Baju Lee Zii Jia, Victor Mohon Maaf
Malaysia's new head coach will be Aussie Peter Cklamovski after leaving FC Tokyo at end of #JLeague season.
The 46yo's been in Asia since 2018.
Malaysia's FA set to unveil ground-breaking project aimed at restructuring Malaysian football, with Tim Cahill to be involved too. pic.twitter.com/90vvaORR9T
— Sacha Pisani (@Sachk0) December 12, 2024
Jurulatih berusia 46 tahun itu mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak antarabangsa dimana beliau memainkan peranan penting bersama Ange Postecoglou ketika Australia memenangi temasya Piala Asia 2015 dan ketka membantu Yokohama F. Marinos memenangi J1 pada 2019.
Selain bersama skuad senior, Peter juga pernah menjadi pembantu dalam skuad B-17 Tahun Australia pada 2017 dan ini menunjukkan beliau mempunyai pengalaman bekerja bersama pemain muda dan juga senior.
Di saingan Liga Jepun, Peter Cklamovski juga pernah mengendalikan dua lagi kelab iaitu Montedio Yamagata dan Shimizu S-Pulse.
Ketika bersama Montedio, Cklamovski diiktiraf sebagai pengurus terhebat dalam sejarah kelab selepas menyelamatkan Montedio daripada penyingkiran dalam saingan J2 pada 2021 dimana kelab itu mendaki carta liga dengan menduduki tempat ke-6 dengan perbezaan gol.
Pada musim 2022, Montedio hampir meraih slot untuk beraksi di divisyen utama namun kelab itu tewas dalam peringkat play-off di tangan Roasso Kumamoto.
Cklamovski adalah pengurus asing pertama dalam sejarah Montedio. Dia mempunyai peratusan kemenangan tertinggi berbanding mana-mana pengurus dalam sejarah kelab. Rekod kelab juga dicapai oleh pasukannya pada 2021 dengan 12 perlawanan berturut-turut tanpa kalah dan 7 kemenangan berturut-turut, yang merupakan kemenangan paling banyak berturut-turut dalam sejarah kelab.
Selain Cklamovski, seorang lagi bekas pemain Australia iaitu Tim Cahill bakal menyertai skuad Harimau Malaya dimana beliau bakal mengisi jawatan sebagai penasihat skuad kebangsaan.