Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menegaskan pasukan tidak terganggung dengan segala berita negatif mengenai skuad Harimau Malaya ketika ini.
Malaysia akan turun menentang Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini dan 3 mata menjadi sasaran utama.
Baca Juga:
- Matthew Davies – ‘Pemain Warisan Ada Kualiti, Sudah Terbukti Di Luar Malaysia’
- Peter Cklamovski Tidak Terkesan Dengan Komen Santokh Singh
- Hardi Jaafar – ‘Selamat Jahanam Liga Malaysia’
Peter Cklamovski Anggap Berita Negatif Tidak Beri Kesan
Peter berkata berita negatif berhubung status pemain warisan tidak akan menjejaskan apa yang sedang dibina oleh skuad kebangsaan ketika ini.

“Semua ini tidak mengalih perhatian kami. Kami mempunyai persiapan yang baik dan kami bersedia untuk tampil di stadium dan membanggakan negara.
“Kami mempunyai pemain baharu dari luar negara – rakyat Malaysia yang bangga setiap kali memakai jersi dan berlatih.
‘‘Kami sedang membina suasana keluarga, dan kami akan tunjukkannya,” katanya.

Rekod Malaysia ketika bertemu Vietnam tidak begitu baik dimana mereka tidak mampu menewaskan skuad The Golden Stars sejak 2014.