Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkata beliau teruja kerana pemain yang dipanggil dalam skuad kali ini begitu komited selama menjalani kem latihan pusat di Padang Seri Gelam.
Skuad Harimau Malaya akan turun berdepan Nepal pada 25 Mac dimana aksi pertama dalam saingan kelayakan Piala Asia 2027 akan memberi gambaran mengenai taktikal yang bakal diterapkan oleh Peter.
Baca Juga:
- Peter Cklamovski Beri Perkembangan Mengenai Natxo Insa
- ‘Natxo Insa Layak Dipanggil’ – Tunku Mahkota Ismail
- Tunku Ismail Dedah Mengapa JDT Berpisah Dengan Esteban Solari
Peter Cklamovski Pemain Komited

“Bagus buat saya melihat pemain begitu komited. Ia menghadirkan rasa teruja untuk saya membantu pasukan untuik menjadi lebih baik.
“Setiap hari akan peningkatan dan kami sebenarnya sedang bergerak ke arah yang betul. Untuk menjadi pasukan yang lebih baik, kami perlu terus bantu mereka,” kata Peter Cklamovski.
Sebelum ini, Peter menegaskan beliau tidak akan menggugurkan pemain dari skuad sedia ada dan mahu semua untuk terlibat dalam perlawanan menentang Nepal.
“Saya tidak akan hantar pulang pemain yang tidak berada dalam senarai 23 pemain,” tambahnya.

Pemain tengah, Natxo Insa hampir pasti tidak diturunkan ekoran pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu masih belum cergas kerana mengalami kecederaan sebelum ini.
Status seorang lagi pemain iaitu Faisal Halim turut menjadi tanda tanya selepas pemain itu dilihat mengalami kecederaan ketika sesi latihan semalam yang mana buku lalinya dibalut dengan ais.
Rekod pertemuan lalu membabitkan Malaysia dan Nepal dilihat memberi kelebihan kepada skuad negara.
Berdasarkan rekod rasmi semasa, Harimau Malaya masih belum tewas kepada The Gorkhalis dalam tujuh perlawanan. Ini termasuk kemenangan dalam lima aksi terakhir kedua-dua pasukan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah aksi persahabatan yang berlangsung pada 2 Jun 2019. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Harimau Malaya.