Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski tidak terkesan dengan komen bekas pemain negara iaitu Dato’ Santokh Singh.
Menurut perkongsian Astro Arena, kenyataan yang dikeluarkan Santokh seperti ada ‘udang disebalik batu’ ketika pasukan negara sedang bersiap untuk menghadapi kelayakan Piala Asia 2027.
“Secara jujur ia tidak memberi kesan terhadap saya. Kenyataan beliau seperti ada agenda tersendiri.

Peter Cklamovski Hormat Dengan Lagenda
“Saya menghormati masa lalu, tapi saya tidak mahu membawa masa lalu ke masa kini.
“Saya tak faham kenapa ada perkara negatif yang mempersoalkan skuad kebangsaan dan projek terkini. Kita semua patut menyokong pasukan ini.
“Kami semua di sini cuba untuk meraih sesuatu yang positif untuk Malaysia,” kata Peter Cklamovski.

Sebelum ini, Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor menegur lagenda bola sepak negara yang memiliki ‘mindset’ zaman purba.
“Semua bercakap macam kita ni juara Piala Dunia. Nak perubahan tapi pemikiran masih zaman purba. Indonesia, Thailand dan Vietnam dah jauh.

“Semua upgrade fasiliti bola dan ambil kepakaran luar negara. Kita setakat bercakap saja,” tulis Tunku Mahkota Ismail.
Sebelum ini, Santokh Singh mempersoalkan langkah yang diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengambil jurulatih dari luar negara dan juga pemain warisan.