Isu pembulian di kalangan para pelajar nampaknya seperti tiada pengakhirannya.

Satu video buli terbaharu dikongsi oleh akaun Twitter @MALAYSIAVIRALLL mengundang rasa marah netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal video berkenaan pembuli itu memetik jari beberapa kali, meminta rakannya yang lain untuk merakam aksi bulinya itu.

Pembuli itu melepaskan tumbukan dan sepakan bertubi-tubi tanpa henti kepada mangsa buli yang mempunyai tubuh badan jauh lebih besar daripadanya.

Ada beberapa rakan lain berada dalam tandas itu, tetapi mereka berdiri saja melihat sahaja pembulian itu berlaku.

https://twitter.com/cikhazira/status/1659715509787426816?s=46&t=mvduuifmKtI2RBjfH_w_iw

Pada ciapan itu, orang ramai tag PDRM supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap pembuli dan rakan-rakannya yang turut bersubahat.

Tambah netizen lagi, jika mangsa buli melawan semula, pasti pembuli itu kalah kerana saiznya lebih kecil.