PETRONAS hari ini menafikan pihak terlibat dalam penajaan liga bola sepak Bangladesh seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, tidak pernah terlibat secara langsung dan memberi kebenaran.

Baca Juga:

“Kami ingin mengesahkan bahawa PETRONAS tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian penajaan untuk Liga Bola Sepak Bangladesh, dan kami juga tidak pernah memberi kebenaran untuk menggunakan nama atau jenama kami berkaitan dengan liga tersebut.

PETRONAS memandang serius integriti jenama kami dan kekal komited untuk memberikan nilai kepada para pemegang kepentingan serta komuniti di mana kami beroperasi,” petik kenyataan rasmi berkenaan.

Sumber