Cuaca yang tidak menentu sekarang menyebabkan ramai yang jatuh sakit. Malah, wabak influenza turut merebak di Malaysia cukup membimbangkan rakyat Malaysia.
Akan tetapi, bukan itu yang ingin kami kongsikan pada kali ini. Kami cukup tertarik dengan petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Mizah Ngatiman, untuk melegakan batuk dan mencairkan kahak dengan minuman rendaman bunga belimbing buluh. Baca perkongsian beliau di bawah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Bunga belimbing buluh
2. Air panas
Cara-cara untuk membuatnya:
1. Ambil bunga belimbing buluh dan cucikan ia dengan air.
2. Kemudian, tapiskan bunga belimbing buluh tersebut.
3. Selepas itu, masukkan bahan tersebut dalam cawan dan rendamkan dengan air panas.
4. Kemudian, tutup cawan sehingga keluar warna merah keluar dari bunga tersebut dalam 5 hingga 10 minit.
5. Akhir sekali, tapiskan ia dan sedia diminum.
Rasanya agak tawar dan adalah dinasihatkan untuk minum ketika ia suam. Anda juga boleh minum 2 atau 3 kali sehari atau sekerap yang mungkin sehingga batuk hilang.
Kebiasaannya jika minum minuman ini dalam masa 2 hari sudah nampak kesannya. Bunga yang telah digunakan tadi boleh digunakan lagi sehingga warnanya habis. Apa tunggu lagi? Cubalah petua semulajadi yang mudah ini.
Di bawah ini kami senaraikan beberapa tip untuk anda yang mungkin berguna kepada anda kelak. Apa kata klik pautan di bawah ini.
Ini ‘Senjata Rahsia’ Untuk Sambal Ikan Bilis Tahan Berbulan-Bulan
Ini Tip Penting Dan Mudah Penjagaan Laptop Supaya Tahan Lebih Lama