Nampaknya kolaborasi Pharrell x Adidas ini tidak menunjukkan tanda-tanda semakin perlahan. Terbaru adidas mengumumkan bakal mengeluarkan satu lagi koleksi selain Pharrell x Adidas Solar Glide Hu, iaitu Pharrell x Adidas Afro Pack.

Model ini pada asalnya dijangka dikeluarkan pada musim luruh, tetapi telah dikhabarkan akan dipindahkan ke tarikh baru iaitu pada 18 Ogos ini. Setiap model ini menggunakan mengambil inspirasi dari budaya Afrika dengan rekaan dan cetakan berbeza. Setiap pada bahagian atas kasut ini mempunyai pelbagai tulisan mesej yang berbeza iaitu model orange/blue ditulis dengan perkataan “Milele Mbele” red/blue ditulis dengan “Motherland” dan akhir sekali model yellow/black “Empower and Inspire”. Setiap model ini ditampilkan dengan rekaan warna ala-ala Navy.

Buat masa sekarang pihak adidas Originals belum mengeluarkan harga rasmi untuk model ini. Kami jangka harga mungkin sama dengan model Holi Festival.

pharrell-adidas-afro-nmd-hu-1

pharrell-adidas-afro-nmd-hu-2-681×454

pharrell-adidas-afro-nmd-hu-3