Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 – Kemboja vs Malaysia [8 Disember 2024, 6:45 malam – Stadium Olimpik, Phnom Penh]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan yang melibatkan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF menerusi beberapa saluran rasmi.
Jangan risau jika anda tidak sempat berada di depan TV kerana masih boleh menonton secara Live Streaming menerusi pautan yang disediakan dimana sahaja anda berada.
Astro turut menyiarkan perlawanan tersebut di saluran 122 namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran ini.
Link siaran langsung:
- Astro Arena
- YouTube Asean United (Access VPN)
⌛️ The wait is nearly over! 🇰🇭 Cambodia vs 🇲🇾 Malaysia kicks off #MitsubishiElectricCup 2024!
Who’s ready? 🙌
Match Preview 🔗 https://t.co/cfXrN2cuWy#ASEANUtdFC pic.twitter.com/SvIKHmkvdZ
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) December 8, 2024
Perlawanan ini cukup bermakna kerana ia turut memberikan pulangan mata ranking kerana kejohanan tersebut diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai salah satu kejohanan kelas A.
Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tiga pemain yang dimaksudkan ialah Dominic Tan, Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad.
Tonggak utama Penang, Syamer Kutty Abba telah mengumpul sebanyak 38 penampilan sepanjang bersama skuad senior negara dengan telah menjaringkan dua gol sejak 2017.
Dominic pula tampil konsisten bersama skuad kebangsaan di bahagian pertahanan dan setakat ini pemain Sabah itu telah membuat sebanyak 33 penampilan.
Syafiq Ahmad pula merupakan antara pemain senior dalam pasukan dimana penyerang Kedah Darul Aman itu membuat 41 penampilan dan menyumbang 10 jaringan setakat ini.
Saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 merupakan tugasan terakhir ketua jurulatih, Pau Marti Vicente bersama skuad Harimau Malaya.