Berikut senarai akhir 26 pemain yang telah dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti bagi mewakili skuad Malaysia ke Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang akan berlangsung dari 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025.
Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan oleh Pau Marti dalam senarai akhir yang mana ada pemain yang digugurkan ekoran kecederaan dan digantikan dengan pemain lain.
Baca Juga:
- Piala AFF Tugasan Terakhir Pau Marti
- Esteban Solari Tinggalkan Eveton, Bakal Kendalikan Harimau Malaya?
- Nafuzi Zain Dikaitkan Sebagai Calon Utama Ketua Jurulatih B-23 Negara
Pemain pertahanan, Harith Samsuri dan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim tidak dapat beraksi dalam saingan kali ini dimana dua pemain ini digantikan dengan Harith Haiqal dan Aiman Hakimi Othman.
Senarai akhir 26 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti yang didaftarkan bagi membawa cabaran Malaysia 🇲🇾 pada Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, 8 Disember 2024 hingga 5 Januari 2025.
Baca penuh di https://t.co/XHSaBVpItM#FAM #HarimauMalaya #MitsubishiElectricCup pic.twitter.com/ecusqwyB2v
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 7, 2024
Bagi menghadapi saingan edisi kali ini, Pau Marti telah memilih tiga pemain untuk memikul tanggungjawab sebagai kapten Malaysia.
Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), tiga pemain yang dimaksudkan ialah Dominic Tan, Syamer Kutty Abba dan Syafiq Ahmad.
Tonggak utama Penang, Syamer Kutty Abba telah mengumpul sebanyak 38 penampilan sepanjang bersama skuad senior negara dengan telah menjaringkan dua gol sejak 2017.
Dominic pula tampil konsisten bersama skuad kebangsaan di bahagian pertahanan dan setakat ini pemain Sabah itu telah membuat sebanyak 33 penampilan.
Syafiq Ahmad pula merupakan antara pemain senior dalam pasukan dimana penyerang Kedah Darul Aman itu membuat 41 penampilan dan menyumbang 10 jaringan setakat ini.
Saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 merupakan tugasan terakhir ketua jurulatih, Pau Marti Vicente bersama skuad Harimau Malaya.
“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.
“Keputusan ini dibuat susulan komunikasi dengan FAM, berhubung penstrukturan semula Pengurusan Pasukan Kebangsaan. Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan.
“Berikutan itu, saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala Mitsubishi Electric ASEAN.
“Adalah satu yang menyeronokkan untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama, kerana kami telah mengharungi tiga tahun yang menakjubkan di Malaysia yang dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Walaupun ia tidak akan mungkin, Pasukan Kebangsaan kita akan terus bermain untuk mempertahankan maruah Malaysia.
“Saya mahu pemain, terutamanya prospek muda menikmati kejohanan ini dan suasana luar biasa di Bukit Jalil bersama penyokong kami. Mendapat sokongan mereka akan menjadi penghargaan terbesar kepada kami. Saya memberi jaminan bahawa penyokong akan menikmati aksi pasukan dalam kejohanan terakhir kami ini.
“Marilah kita bersama-sama dan berikan yang terbaik untuk pasukan ini,” katanya.