Kejayaan Singapura mara ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 pastinya menggembirakan para penyokong setia di negara tersebut.
Selepas kali terakhir menjuarai saingan edisi 2012 yang merupakan kejuaraan keempat buat mereka, Singapura hanya sekali berjaya melepasi peringkat kumpulan iaitu pada tahun 2020.
Baca Juga:
- Terkesima Dengan Ucapan Sergio Aguero, Peminat Singapura Risau
- Pembida Dari Singapura Menang Lelongan Jersi ‘4 Gol’ Cole Palmer Dengan Harga RM192,883
- Skuad Wanita Singapura Dibelasah Budak Sekolah Sukan
Kali ini mereka sekali lagi bakal membuat penampilan di pentas separuh akhir dimana akan berhadapan dengan pasukan gergasi ASEAN, Vietnam di Stadium Jalan Besar.
Pemilihan stadium tersebut nyata mendapat kritikan hebat penyokong setia Singapura kerana kapasiti stadium yang amat kecil.
Stadium Jalan Besar merupakan stadium dengan rumput sintetik yang hanya berkapasiti 6,000 orang penyokong sahaja.
Sehubungan dengan itu tidak hairanlah tiket bagi perlawanan separuh akhir pertama yang dijualkan berlangsung pada Khamis ini sudah habis dijual.
Difahamkan stadium yang mempunyai kapasiti lebih besar iaitu Stadium Nasional Singapura (55,000 penonton) tidak dapat digunakan kerana konsert penyanyi terkenal Singapura, JJ Lin akan diadakan pada Sabtu nanti.
Tinjauan di laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), rata-rata penyokong The Lions itu kecewa perlawanan tidak dapat diadakan di Stadium Nasional.
Malah, ada penyokong yang memberikan cadanga supaya FAS mempertimbangkan untuk membina stadium khas untuk perlawanan bola sepak melibatkan pasukan kebangsaan.
Tidak kurang juga ada mengecam bahawa konsert lebih menjadi keutamaan berbanding bola sepak.
Harga tiket yang dikatakan agak mahal untuk sebuah stadium kecil juga turut mencuri perhatian.
Sudah pasti banyak tanggapan serta kritikan berhubung perkara terbabit, tetapi dengan tiket yang sudah habis dijual, ‘Sorakan Kallang’ akan tetapi mengiringi anak-anak buah Tsutomu Ogura dalam usaha memburu kejuaraan kelima.
Singapura merupakan negara kedua terbanyak memenangi Piala ASEAN Mitsubishi Electric apabila menjuarainya pada edisi 1998, 2204, 2007 dan 2010.