Indonesia menyuarakan minat mereka untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak terbesar di rantau ini iaitu Piala Asia 2031.

Perkara ini disuarakan oleh Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir dimana surat untuk bidaan rasmi negara itu sudah dihantar ke Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Baca Juga:

โ€œKami sudah menghantar permohonan untuk menjadi tuan rumah tunggal bagi kejohanan Piala Asia 2031. Kali terakhir kita menjadi tuan rumah ialah pada 2007 dimana ketika itu bersama tiga negara lain.

โ€œBagi edisi 2031, kami mahu menjadi tuan rumah tunggal,โ€ katanya.

Erick turut memberikan sebab mengapa mereka yakin untuk mengadakan kejohanan besar seperti temasya Piala Asia.

โ€œKita pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia B-17 pada tahun lalu. Dari segi fasiliti dan stadium yang mempunyai standard FIFA, kita sudah bersedia,โ€ tambahnya.

Kali terakhir Indonesia menjadi tuan rumah ialah pada 2007 dimana ketika itu tiga lagi negara turut serta iaitu Malaysia, Thailand dan Vietnam.

AFC sudah membuka proses bidaan dan peluang negara jiran untuk dipilih menjadi tuan rumah dilihat cerah selepas tiga edisi sebelum ini diadakan di Timur Tengah.

Edisi 2019 diadakan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), edisi 2023 di Qatar dan edisi 2027 akan berlangsung di Arab Saudi.