Kejohanan sepak takraw berpasukan paling berprestij tanah air, Piala Emas Khir Johari sudah memasuki penganjuran kali ke-58 pada tahun 2026.

Saingan yang sudah pun bermula pada 7 April lalu dilangsungkan di Akademi Sepak Takraw Malaysia, Stadium Jalan Muda Abd Aziz Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Peringkat kumpulan bagi kategori lelaki menyaksikan penyertaan 21 pasukan dimana 14 daripadanya berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Berikut merupakan senarai pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan 16:

Piala Emas Khir Johari 2026

1) Negeri Sembilan – Juara Kumpulan A

2) Bomba – Juara Kumpulan B

3) ATM – Juara Kumpulan C

4) Kuala Lumpur – Juara Kumpulan D

5) Selangor – Juara Kumpulan E

6) Perak – Juara Kumpulan F

7) Johor – Juara Kumpulan G

8) Melaka – Naib Juara Kumpulan A

9) Pulau Pinang – Naib Juara Kumpulan B

10) Terengganu – Naib Juara Kumpulan C

11) Penjara – Naib Juara Kumpulan D

12) PDRM – Naib Juara Kumpulan E

13) Sabah – Naib Juara Kumpulan F

14) KPT-MASUM – Naib Juara Kumpulan G

Jadual Aksi Pusingan 16

Laluan A

1) Negeri Sembilan (BYE) – Menanti Pemenang Aksi 2

2) Perak lawan Terengganu

3) Selangor lawan Penjara

4) Bomba lawan KPT-MASUM

Laluan B 

5) Pulau Pinang lawan Melaka

6) Kuala Lumpur lawan PDRM

7) ATM lawan Sabah

8) Johor (BYE) – Menanti Pemenang Aksi 7

Pemenang Laluan A dan B akan bertemu di final

Saingan Piala Emas Khir Johari edisi lalu pada 2024 dimenangi oleh Melaka selepas menundukkan Pulau Pinang 2-1 pada aksi final.

Seperti edisi lalu, regu pertama dan ketiga terbuka kepada semua peringkat umur manakala regu kedua wajib meletakkan pemain bawah 21 tahun.