Aksi kumpulan A Piala Shopee 2024-2025 – Terengganu FC (Malaysia) vs Preah Khan Reach Svay Rieng (Kemboja) [Rabu, 21 Ogos 2024]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung aksiย Kejuaraan Kelab Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Piala Shopee melibatkan wakil negara.

Terengganu FC vs PKR Svay Riengย 
Sepak mula: 9:00 malam
Tempat: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Asean United FC (Access VPN)

Astro Arena satu-satunya stesen TV tempatan yang mendapat hak penyiaran Piala Shopee namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.

Piala Shopee hanya melibatkan pasukan dari Asia Tenggara dan disertai oleh dua kelab masing-masing dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Sementara Singapura dan Filipina pula bakal diwakili sebuah pasukan.

Malaysia diwakili oleh naib juara Piala FA 2023, Kuala Lumpur City (KL City) dan naib juara Piala Malaysia 2023, Terengganu FC (TFC).

TFC diundi dalam kumpulan A bersama BG Pathum United (Thailand), PSM Makassar (Indonesia), Dong A Thanh (Vietnam), Shan United (Myanmar) dan Preah Khan Reach Svay Rieng FC (Kemboja).

Manakala KL City dalam kumpulan B bersama Buriram United (Thailad) Cong An Ha Noi FC (Vietnam), Borneo FC (Indonesia), Kaya-Iloilo FC (Filipina) dan Lion City Sailors (Singapura).

Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.