Gerard Piqué telah membuat wang yang banyak daripada penganjuran Piala Super Sepanyol di luar negara untuk satu lagi edisi.

Ianya keceriaan berganda buat Pique yang turut meraikan kejayaan Barcelona sebagai juara.

Bekas pemain Barcelona itu akan menerima komisen empat juta euro untuk Piala Super, lebih banyak daripada pendapatan bersama Mallorca dan Athletic.

Namun begitu akaun Pique masih disekat oleh pihak berkuasa untuk siasatan berkaitan dengan beberapa perkara. Terutama sekali berkaitan kontrak Piala Super Sepanyol.

Tanpa perlu menjejakkan kaki ke Arab Saudi, Gerard Piqué mengekalkan bonus untuk kontrak yang ditandatangani dengan Luis Rubiales semasa jawatan presiden dan Rafael Louzán, ketua Persekutuan (RFEF) yang baharu, mahu memperbaharuinya sehingga 2034.

Pique menerusi syarikatnya telah menjadi broker yang membantu penganjuran Piala Super Sepanyol di Arab Saudi.

Arab Saudi membiayai penginapan dan pengangkutan semua pemain. Termasuk kos kapal terbang, hotel dan penginapan mewah.

Dari segi ekonomi, kontrak yang ditandatangani oleh Rubiales ini adalah yang terbaik dalam sejarah RFEF, justeru Louzán mahu melanjutkannya. Dari segi ekonomi, ia ditekankan: Berkenaan Hak Asasi Manusia, di mana negara Arab Saudi dikecam oleh Amnesty International beberapa kali.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani pada 2019 dan dilanjutkan pada 2023 hingga 2029, kontrak tahunan dengan Arab Saudi menjanjikan bayaran kepada bola sepak Sepanyol sebanyak 40 juta euro, di mana Piqué menerima sepuluh peratus sebagai komisen itu.

RFEF menyimpan 21 juta euro lagi , untuk dikongsi antara jumlah yang disimpan oleh badan itu sendiri dan apa yang dipanggil piramid bola sepak (Kelab RFEF Divisyen Pertama dan Kedua dan fasa bola sepak).

Selebihnya adalah wang hadiah untuk kelab yang bertanding. Pemenang Piala Super, Barcelona, ​​​​membawa pulang tambahan dua juta dan jumlah keseluruhannya hampir sembilan juta.

Kedua-dua Barça dan Madrid telah memperoleh satu juta untuk kehadiran mereka pada perlawanan akhir.

Real Mallorca membawa pulang jumlah tetap sebanyak 850,000 euro, jumlah yang akan ditambah dengan bonus yang sama dengan Real Madrid, dan Athletic, dua juta euro.

Arab Saudi menetapkan bahawa daripada 40 juta euro yang mereka bayar RFEF setiap tahun, lima juta akan ditarik balik jika Real Madrid atau Barcelona tidak layak atau tidak mau beraksi dan sepuluh  juta euro jika kedua-dua kelab ini tidak hadir atau tidak layak beraksi.

Hal ini kerana el clasico adalah produk utama untuk Liga Sepanyol. Dan pada masa yang sama, Barcelona atau Real Madrid harus ada dalam pertandingan ini seboleh bolehnya.

Tanpa Barcelona atau Real Madrid dalam pertandingan Piala Super Sepanyol, RFEF akan kehilangan hampir separuh daripada bonus daripada penyiaran.

Perkara ini uang mahu dirombak dan dikaji semula oleh RFEF untuk kontrak baharu bernula 2029-2034.

Dan ini akan menjejaskan komisen Piqué . Persekutuan mahu wang itu, yang diperuntukkan oleh orang Arab dalam komisen kepada ‘Kosmos’, syarikat Piqué, untuk disalurkan ke kelab.

Namun pihak Pique pasti tidak akan berdiam diri. Memandangkan mereka yang mencetuskan idea ini bersama Rubiales sebelum ini. Dan ketika itu ramai menentangnya.

Pique menjadi perantara penting yang membantu usaha memindahkan Piala Super Sepanyol ke Arab Saudi.

Seterusnya terdapat juga cadangan untuk menjamin tempat Real Madrid dan Barcelona dalam setiap edisi selepas ini. Dan ini akan melibatkan merit kesukanan, apabila komersial diletakkan sebagai keutamaan.

Valencia sudah pun mengadu kepada RFEF selepas edisi pertama Piala Super, menganggap kelab itu tidak begitu untung dalam pengagihan kewangan, dan Louzán perlu mencari jalan untuk menyelesaikan tuntutan kelab kelab seperti Valencia.

Seperti yang didedahkan Simeone dalam sidang akhbarnya sebelum ini: “Biasanya Madrid dan Barça. Melainkan jika seseorang menerangkannya dengan lebih baik, terutamanya bagi pihak Persekutuan.

“Jadi adalah lebih baik untuk Barcelona dan Real Madrid pergi ke Piala Super, ia tidak begitu sukar untuk difahami,” kata pengurus asal Argentina itu.

Pembaharuan kontrak Piala Super, sebagai tambahan kepada isu ekonomi ini, juga mempunyai isu lain yang masih perlu diselesaikan.

Salah satunya ialah pendapat Javier Tebas, presiden LaLiga, Javier Tebas, yang sebelum ini sangat menentang penganjuran Piala Super Sepanyol di Arab Saudi. Namun kini sejak dia menjadi naib presiden RFEF dia masih berdiam diri dalam isu ini.

Terutama sekali selepas La Liga dan ‘Visit Saudi’ telah menandatangani perjanjian kerjasama sebagai rakan kongsi global. Oleh sebab itu Saudi akan menjadi keutamaan untuk destinasi pelancongan rasmi pertandingan berkaitan bola sepak Sepanyol.

Laman AS Sepanyol sudah menghubungi Tebas meminta pandangannya tentang perkara itu. Dan jelas sekali dia masih terus berdiam diri.