Santiago Bernabeu sememangnya menjadi salah satu stadium paling ikonik di Eropah yang mana menjadi saksi bisu Real Madrid memenangi pelbagai kejuaraan dalam sejarah kelab.

Selepas ditutup selama empat tahun untuk memberikan laluan kepada kerja penambah baikan, kini Bernabeu menjadi salah satu stadium yang moden, serba guna dan juga canggih di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Real Madrid sedar mereka boleh menambah pendapatan kelab dari sumber lain dan memastikan stadium tidak hanya digunakan ketika perlawanan bola sepak sahaja.

Kelab itu mahukan sebuah stadium yang boleh menganjurkan acara sukan selain bola sepak, acara konsert artis antarabangsa dan acara hiburan lain sekaligus mewujudkan aliran pendapatan baharu.

Naik taraf yang dilakukan memakan kos sehingga £1 Billion dan antara penambah baikan yang dilakukan terhadap stadium baharu itu termasuk bumbung yang boleh dibuka dan ditutup, papan skor video 360 darjah, dan jalur keluli di sekeliling untuk membolehkan imej ditayangkan ke permukaan stadium.

Seterusnya, perkara yang paling mengagumkan dalam projek pembangunan semula ini adalah pelaksanaan sistem padang yang boleh ditanggal dan dipasang dalam tempoh masa singkat.

Sistem ini terdiri daripada rumput yang bahagikan kepada segi empat tepat dan diletakkan di atas dulang yang boleh disimpan di bawah stadium.

Penyelesaian inovatif ini ruang seluas 10,000 meter persegi yang mana cukup ideal untuk menganjurkan acara dan konsert sambil juga melindungi padang bola sepak yang menjadi elemen penting bagi Real Madrid.

Langkah yang diambil Los Blancos ini menjadi salah satu contoh dimana stadium tidak hanya terhad untuk mengadakan perlawanan bola sepak sahaja.

Kelab seperti Real Madrid yang mana merupakan salah satu kelab terkaya di dunia juga melihat stadium mereka sebagai salah satu cara untuk mengaut lebih banyak untuk dan mereka memanfaatkan sumber sedia ada.

Upgrade ini membolehkan juara 14 kali Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu dijangka mendapat pulangan sehingga £1 Billion setahun.