Raja Dadah Malaysia paling ‘most wanted’ oleh PDRM yang mendalangi sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di kawasan Segi Tiga Emas (Golden Triangle) telah diberkas di Laos pada 29 Disember lalu, lapor Bernama.
Lelaki tersebut yang berasal dari Parit Buntar, Perak itu diberkas hasil dari pertukaran maklumat risikan antara JSJN Bukit Aman, Biro Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) dan Biro Pembanterasan Narkotik (PNSB) Thailand, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din.
Baca Juga:
- Rakyat Switzerland Bakal Dibenarkan Guna Dadah Kokain Untuk Suka-Suka
- Polis Tumpas Sindiket Edar Dadah Bernilai Lebih RM10 Juta
Suspek berusia 39 tahun itu dikatakan adalah dalang utama sindiket pengedaran dadah di kawasan Segi Tiga Emas, membabitkan tiga negara iaitu Myanmar, Laos dan Thailand sejak 2006.
Hasil perkongsian maklumat oleh pihak berkuasa Thailand melaporkan suspek menggunakan negara itu sebagai lokasi aktiviti pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit untuk kegiatan penyeludupan dadah ke Malaysia, Taiwan dan Australia.