Dua tahun lepas tular mengenai usahawan transgender wanita Malaysia, Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berpenampilan wanita di tanah suci Mekah.

Baru-baru ini, netizen menanyakan Sajat mengenai kes memakai telekung dan berpenampilan wanita ketika mengerjakan umrah di akaun Tiktok milik Sajat semasa dia membuat siaran langsung.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi siaran langsung TikTok tersebut, Sajat menjawab persoalan itu dengan mengatakan dia memakai telekung dan berhijab semasa di tanah suci kerana pihak imigresen memaksanya untuk berbuat sedemikian.

Dia juga menegaskan malah bersumpah sememangnya dia berpakaian seperti itu disebabkan pihak imigresen memaksanya untuk memakai tudung dan telekung untuk solat ketika berada di Mekah.

“Saya tak menipu, saya berani bersumpah atas nama ibu dan bapa saya. Lillahi ta’ala, sumpah, lillahi ta’ala, kalau saya menipu, matilah mak bapak saya,” katanya.

Netizen yang melihat pengakuan itu mempunyai reaksi berbeza; ada yang menyokong dan ada juga yang tidak setuju dengan apa yang diucapkan Sajat.

“Sebab tu kita tak boleh lawan takdir, Allah juga yang maha mengetahui,” kata seorang netizen.