Andrea Pirlo akhirnya mengesahkan sendiri bahawa laporan FIGC membuat pusingan-u dan tidak meneruskan rundingan dengannya kerana kaitannya dengan Rusia.
Gazzetta Dello Sports sebelum ini melaporkan FIGC telah menarik brek tangan dalam rundingan dengan Pirlo.
Ini kerana legenda itu menjadi duta syarikat pertaruhan sukan asal Rusia iaitu Fonbet.
Sebelum ini Pirlo dikritik kerana menghadiri acara bersama Fonbet di Rusia. Ramai pihak menganggap Pirlo tidak sensitif isu Rusia dan Ukraine.
Pirlo akui kecewa. Kerana menurutnya, kontraknya dengan Fonbet atas tujuan komersial dan sukan semata mata dan tiada kaitan dengan politik.
Menurut Pirlo, dia mulai menerima kritikan sejak dia berada di UAE lagi.
Pirlo berkata:Pirlo akhirnya bersuara: “Atas rasa hormat kepada institusi, Persekutuan dan semua pihak yang terlibat, saya memilih untuk berdiam diri sehingga kini.
“Namun selepas mengetahui malam tadi bahawa saya bukan lagi calon untuk mengendalikan skuad kebangsaan Itali, saya merasakan sudah tiba masanya untuk menjelaskan beberapa perkara.
“Dalam beberapa hari kebelakangan ini, saya menyaksikan dengan rasa amat kecewa perdebatan yang timbul mengenai nama saya serta kemungkinan saya dilantik sebagai jurulatih pasukan kebangsaan Itali.
“Sepanjang karier saya, sama ada sebagai pemain mahupun kini sebagai jurulatih, saya sentiasa menjalankan tugas dengan penuh hormat terhadap undang-undang negara tempat saya bekerja serta mematuhi setiap kontrak yang saya tandatangani.
“Kerjasama profesional yang menjadi subjek kontroversi kebelakangan ini, dan ianya bermula ketika saya berkhidmat di Emiriah Arab Bersatu dan setuju dengan kerjasama [dengan syarikat Rusia, Fonbet] yang bersifat sepenuhnya komersial serta berkaitan sukan.
“Memberikan tanggapan politik kepada kerjasama tersebut seolah-olah mengaitkan saya dengan pegangan atau pendirian yang tidak pernah saya suarakan dan sama sekali bukan mencerminkan diri saya.”
Pirlo mengucapkan terima kasih kepada pengarah teknikal FIGC yang baharu, Paolo Maldini dan Leonardo yang menjadi individu yang meyakininya sebagai calon untuk menjadi pengurus Itali.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maldini dan Leonardo atas penghargaan serta kepercayaan yang mereka berikan kepada saya. Saya mengenali kecekapan, profesionalisme dan kecintaan mereka terhadap bola sepak Itali.”
Akhir sekali, Pirlo kesal dengan keputusan FIGC yang memberikan tanggapan negatif ke atasnya. Dan Pirlo menegaskan bahawa cinta dia ke atas Itali akan terus kekal.
“Saya kesal kerana satu keputusan yang sepatutnya bersifat sukan telah dengan pantas menjadi perdebatan umum sehingga pelbagai makna dan niat yang tidak pernah saya miliki dikaitkan dengan diri saya.
“Cinta saya terhadap Itali tidak bergantung kepada sesuatu jawatan. Ia adalah sebahagian daripada sejarah hidup saya, identiti saya, dan akan sentiasa bersama saya, selama-lamanya.”
Pirlo menjadi nama yang dicalonkan untuk menjadi pengurus baharu Itali setelah FIGC gagal mencapai kesepakatan dengan Pep Guardiola.
Dan kini FIGC akan beralih ke calon lain.