Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin.

Bagi Khairy, Bung Mokhtar adalah penghalang kepada polisi-polisi yang beliau mahu kuatkuasakan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia daripada tabiat merokok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau juga menganggap ahli parlimen Kinabatangan itu sebagai musuh kepada kesihatan dan menghadiahkannya dengan kata-kata seperti ‘pakyu’.

“Musuh kesihatan awam. Menentang undang-undang untuk mengawal produk merokok. Menentang semasa saya menjadi Menteri. Masih menentangnya [sehingga sekarang].

“Mungkin [dia] fikir rokok tidak menyebabkan kanser. Pakyu Mokhtar Radin. Nasib baik Sabah tak jatuh kat kamu,” katanya di Instastory dengan dimuak naik sekali gambar Bung Mokhtar.

Pakyu yang diucap Khairy kepada Bung Mokhtar sudah semestinya mempunyai maksud yang lain dan bukannya suatu kata yang membawa kepada kebaikan.

Menerusi pemerhatian The Vocket, Kenyataan ini dikeluarkan selepas kejadian kanak-kanak 2 tahun dari Bera, Pahang yang keracunan akibat tertelan cecair vape.

Kanak-kanak tersebut diberikan bantuan pernafasan selepas mengalami gejala batuk, muntah dan sesak nafas.

Ketika kejadian mencemaskan itu berlaku, terdapat peranti rokok elektronik (vape) pakai buang ditemui berada berdekatan dengan mangsa.

Di bahagian Instatory itu juga, Khairy turut menegaskan agar kerajaan dengan pantas meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang akan menjadi dinding kepada tabiat buruk serta mengurangkan kematian akibat merokok.

Difahamkan rasa tidak puas hati ini mula timbul selepas usaha Khairy untuk melulusakan RUU ini dihalang oleh Bung.

Orang kuat Kinabatangan itu juga turut menentang usaha Menteri Kesihatan sekarang, Dr Zaliha Mustafa untuk meluluskan RUU tersebut.

Bung Moktar dalam kenyataan beliau sebelum ini merasakan bahawa kerajaan perlu mementingkan penjagaan kesihatan awam berbanding melawan tabiat merokok.

Menurut Code Blue, Bung pernah berkata bahawa faktor-faktor yang menyebabkan Sabah miskin, dan salah satu daripadanya ialah akses yang tidak mencukupi kepada penjagaan kesihatan.

Beliau meminta kementerian kesihatan untuk meningkatkan taraf penjagaan kesihatan di seluruh negara dan bukannya melihat “rokok dan segala macam perkara” yang dianggapnya tidak penting.